:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Sunday, December 6, 2009

FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH



KURIKULUM

Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ‘laluan
dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan
kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-laluan’.
Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan
pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. Ahli progresif dan
behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang
kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan
kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi
kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan
pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar
untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard &
Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah
atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan
tersembunyi.

Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan
supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan
satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku
di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada
kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan
dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan
eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata
pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein,
A.C. & Hunkins, F, 1983).

Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak
formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ‘tak rasmi’ atau ‘terlindung’ atau
‘tak formal’. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia
merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari
peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk
oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman
guru dan murid.

Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi
ini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara
penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibina
sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan, bahan, pengalaman dan
sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam
struktur teras kurikulum.


FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH

1. •Ilmu dan kandungan kurikulum
2. •Kemahiran guru
3. •Premis
4. •Sumber
5. •Murid
6. •Kurikulum berpusat

Faktor 1: Ilmu dan kandungan kurikukulum

Kurikulum prasekolah mengandungi 6 komponen pembelajaran iaitu:

– Komponen Bahasa dan Komunikasi
Merupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanakkanak
di prasekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza
mengikut tahap kumpulan umur. Ia adalah penting supaya guru
memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih
berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan
tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

– Komponen Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak akan menggunakan deria bagi meneroka dan memahami
persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi
mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu
menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanakkanak
di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep
dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan
perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal.

– Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral
Menyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan,
berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini amat
penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang
kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,
berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

– Komponen Perkembangan Sosioemosi
Kanak-kanak berpuas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan
mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlu
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti
persekitarannya. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan
moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya
diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain.

– Komponen Perkembangan Fizikal
Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan
yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada
peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur
dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi
pergerakan motor halus dan motor kasar.

– Komponen Kreativiti Dan Estetika
Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya.
Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreativiti yang
berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut
tahap perkembangan murid itu sendiri.


Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya
menghubungkaitkan di antara satu komponen yang lain supaya kanak-kanak
mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau
kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan
kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam
pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan
tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,bina
sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke
arah penyuburan potensi yang optimum.


Faktor 2: Kemahiran guru

Guru prasekolah diwajibkan memperoleh latihan bidang pendidikan prasekolah.
Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah
mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Guru hendaklah merancang
aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran
dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak
adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru
hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi
peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti
prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku
disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak.
Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin
kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang
serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini.

Antara kemahiran-kemahiran guru prasekolah yang perlu adalah seperti

- Kemahiran berinteraksi
- Kemahiran merancang
- Kemahiran intelek
- Kemahiran sebagai pembimbing
- Kemahiran sebagai pentadbir
- Kemahiran kreatif
- Kemahiran menilai
- Kemahiran mengenal diri sendiri
- Kemahiran membuat keputusan

Tujuan kemahiran perlu ada pada guru prasekolah

- Suasana yang ceria juga mendorong minat belajar.
- Matlamat pengajaran dapat dicapai.
- Untuk meningkatkan keyakinan diri murid.
- Bahan bantu belajar yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan kognitif.
- Memberi peluang kepada P&P di luar dan di dalam bilik darjah
- Pembelajaran yang berkesan dari pelbagai aspek JERIS
- menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku, disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak

Faktor 3: Premis

Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong
perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Premis haruslah
selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran premis
seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.
Premis perlulah mempunyai 3 bahagian iaitu;
•Luar bangunan
•Dalam bangunan, dan
•Lanskap.

Ciri-ciri premis prasekolah yang kondusif

•Saiz ruang yang menepati syarat penubuhan sebuah prasekolah
•Bentuk bilik segi empat lebih sesuai dan mudah disusun kerana laluan
trafik selesa dan memudahkan pergerakan, guru mudah menyelia kanakkanak,
kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya.
•Plug elektrik mestilah berada pada kedudukan yang tidak boleh dicapai
oleh kanak-kanak dan selamat.
•Dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid dengan
kreatif. Pemilihan warna dinding sesuai dengan konsep kanak-kanak.
•Tingkap dan pintu;
(i) Membantu pencahayaan (ruang melukis dan membaca)
(ii) Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk
penghalang
(iii) Pintu ruang ke dapur hendaklah ada penghadang pintu dan
sentiasa diawasi.

Faktor 4: Sumber

Maklumat atau bahan yang digunakan mempunyai daya penarik bagi menarik
minat pelajar. Sumber yang asli dan tidak diubahsuai. Sumber yang tepat dan
benar serta boleh diterima secara logik oleh murid

Faktor 5: Murid / kanak-kanak

“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan.

Kanak-kanak yang sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu. Semangat ingin
tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk
berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat.
Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi
pergerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra antara murid dengan guru,
pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

Faktor-faktor murid

- Perkembangan kognitif dan intelektual
- Emosi
- Bahasa
- Sifat kanak-kanak
- Fizikal
- Sosial
- Taraf ekonomi
- Minat kanak-kanak

Cara murid melaksanakan kurikulum prasekolah

- Memberi perhatian yang sepenuhnya semasa di kelas.
- Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal.
- Emosi yang stabil semasa P&P berjalan.
- Minat , pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri murid

Faktor 6: Kurikulum Berpusat

JENIS KURIKULUM BERPUSAT

- kurikulum berpusatkan murid
- kurikulum berpusatkan guru
- kurikulum berpusatkan subjek
- kurikulum berpusatkan masalah

Terdapat 4 prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu:

•Pembelajaran melalui pengalaman dan bahan maujud ditekankan.
•Bermain sambil belajar dalam suasana riang diutamakan.
•Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu.
•Interaksi mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan
sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan
mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan
ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya
diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.

Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas
yan mengandungi : menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.
Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan
menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.
Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan
oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti
kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan
untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukkan dan perubahan dalam
kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan
program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan
menyeluruh.

0 comments: