:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Wednesday, September 2, 2009

Calebral Palsy



PENGENALAN

Cerebral Palsy bermaksud kehilangan atau kekurangan kawalan motor iaitu tidak berupaya untuk mengawal kekejangan sebelum dan selepas kelahiran. Kamus perubatan pula mendefinisikan Cerebral Palsy ialah kerosakan kawalan dan koordinasi motor yang disebabkan oleh kerosakan otak. Secara umumnya Cerebral bermaksud ‘berlaku sesuatu pada otak’, Palsy bermaksud ‘masalah atau kelemahan dengan kawalan tubuh dalam melakukan pergerakan atau memposisikan badan’. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan disini bahawa Cerebral Palsy bermaksud ketidakupayaan menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan oleh kecederaan otak



CIRI-CIRI

1. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota badan seperti bermain, berjalan, makan, bercakap, berlaku kekejangan otot atau ketidakfungsian otot serta pergerakan yang tidak stabil.
Mengalami kesukaran menggerakkan otot-otot yang diperlukan seperti lidah, bibir dan rahang serta kawalan nafas semasa bercakap.
2. Mengalami proses pembelajaran yang agak lambat berbanding dengan kanak-kanak normal lain. Hal ini kerana, kanak-kanak ini mengalami kerencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan atau pengamatan motor
3. Ketegangan dan pergerakan yang tidak seimbang.
Mengalami Sawan. Sawan adalah disebabkan oleh penghantaran mesej yang tidak normal pada tubuh. Sawan boleh berlaku pada bila-bila masa misalnya semasa sedang bercakap atau melakukan sesuatu sehingga berlaku kejadian tidak sedar diri dan mulut berbuih.