:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Friday, December 18, 2009

Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan



Terdapat beberapa elemen yang dikenalpasti di dalam FPK, iaitu :

ELEMEN-ELEMEN FPK

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

• Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.
• Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat.
• Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.
• Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.
• Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka.
• Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.


2. Perkembangan potensi individu

• Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.
• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan.
• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.
• Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.

3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

• Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.
• Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4. Insan yang seimbang dan harmonis

• Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).
• Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain.
• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.


5. Unsur intelek

• Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis.
• Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar.
• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.
• Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

6.Unsur rohani

• Menyedari dan percaya kepada Tuhan.
• Bersyukur dengan pemberian Tuhan.
• Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

7. Unsur emosi

• Mempunyai emosi yang matang dan stabil.
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
• Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

8. Unsur jasmani

• Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.
• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.
• Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

9. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan

• Mengakui tentang kewujudan Tuhan.
• Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam.
• Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.
• Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya.
• Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

• Cintakan ilmu pengetahuan.
• Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.
• Mempunyai fikiran luas dan terbuka.

11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

• Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.
• Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.
• Berpandangan jauh dan berinisiatif.
• Memupuk pembawaan diri yang baik.

12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

• Mempunyai perwatakan diri yang baik.
• Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

• Boleh dipercayai.
• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik.
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
• Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesjahteraan diri

• Berfikiran waras dan berjiwa tenang.
• Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

15. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

• Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.
• Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.
• Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara.
• Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
• Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

16. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

• Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi.
• Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

17. Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

• Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.
• Memupuk persefahaman keluarga.
• Mematuhi norma masyarakat.
• Cintakan negara.

FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



Terdapat 6 faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah :

4.1 Faktor Agama

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

“:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...“

4.2 Faktor Politik

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

“...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...”


4.3 Faktor Ekonomi

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara

“...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...”

4.4 Faktor Sosial

Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:

”...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...”

4.5 Faktor Individu

Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara.

“…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…”


4.6 Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

“..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh...”

Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain.

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:

  1.  Percaya kepada tuhan.
  2.  Berakhlak mulia.
  3.  Berilmu pengetahuan.
  4.  Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
  5.  Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
  6.  Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.


Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.


Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



Negara Malaysia sedang mengalami proses pembangunan, oleh itu agak penting kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal pada 1988, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi Negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)



”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Definisi Falsafah

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
• Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas.
• Tujuannya untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Bagi rujukan umum, di sini kita mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba yang menyatakan bahawa Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah.

Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.


Definisi Pendidikan

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud memelihara atau mengasuh.

Menurut Kamus Pendidikan (1979), “Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.”

Mengikut John Dewey (1859-1952), Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Mengikut Yusuf al-Qardawi (1980), Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serting menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Bagi Hassan Langgulung (1987), Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut:
(i) pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain;
(ii) Latihan – membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran;
(iii) Indoktrinasi – menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

• Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.

Friday, December 11, 2009

Kebersihan Di Prasekolah



Pengenalan

Kebersihan selalunya dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan penting untuk semua
orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui perkembangan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.

Bersih bermakna

  • Bebas dari sebarang kotoran, kuman atau serangga perosak yang boleh mengganggu kesihatan.
  • Berkeadaan kemas, ceria dan selesa di pandang.
  • Tiada bau yang kurang menyenangkan

KEBERSIHAN BANGUNAN pRASEKOLAH

5.1 Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari serangga, makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari sampah sarap.
5.2 Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang, tumbuhan berduri atau beracun.
5.3 Pastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung. Longkang hendaklah bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
5.4 Sediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam dan di luar bangunan.
5.5 Jika ada kolam atau sebarang takungan air, tempat itu hendaklah dipagar. Jika menggunakan kolam mandi plastik, buangkan air selepas setiap kali digunakan.

AMALAN KEBERSIHAN DI PRASEKOLAH

Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih.
Amalkan kebersihan Prasekolah setiap masa.

6.1 Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, dan selepas menggunakan tandas.
6.2 Bersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan selepas makan.
6.3 Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga .
6.4 Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.
6.5 Pastikan kawasan bersih bebas dari sampah sarap. Ini adalah untuk menghindarkan dari lalat dan serangga perosak.
6.6 Potong rumput yang panjang untuk mengelakkan ular.
6.7 Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah. Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanakkanak menjalankan aktiviti.
6.8 Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang bertutup.
6.9 Bersihkan semua alat kelengkapan termasuk barang permainan kanak-kanak selepas setiap kali digunakan.
6.10 Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali.
6.11 Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala selepas setiap kali digunakan
6.12 Jemur bantal, tilam, tikar dan selimut.

Keceriaan di Prasekolah



Pengenalan

  • Keceriaan di prasekolah perlu meliputi semua aspek sama ada di dalam mahupun luar bilik darjah.
  • Kawasan prasekolah yang ceria dapat menarik minat pelajar ke prasekolah.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.

Contoh-contoh keceriaan di prasekolah
  • Kerusi dan meja pelajar selesa dan menarik.
  • Menggantung origami
  • Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran mengikut komponen.
  • Wujudkan satu ruang hasil kreativiti pelajar.
  • Taman mini
  • Mengecat dinding dengan warna ceria
  • Mural
  • Menampal gambar di sekitar prasekolah termasuk dapur dan tandas.
  • Bilik rehat sentiasa kemas dan menarik. (cadar bercorak kartun,anak patung dll)
  • Meletakkan bunga-bunga di kawasan luar prasekolah.
  • Gotong royong (taman mini, kebun sayur dll).
  • Alatan di taman permainan selamat dan menarik.
  • Menampal kad-kad belajar di dinding kelas.

Adab Makan Kanak-kanak Prasekolah



  1. Basuh tangan
  2. Dimulai dengan Bismillah
  3. Diikuti dengan doa mula makan
  4. Makan dengan tangan kanan.
  5. Makan dengan tertib dan tidak berebut-rebut
  6. Makanan lembut diikuti makanan keras
  7. Makan dengan mengunyah sehingga lumat
  8. Tidak digalakkan berbual
  9. Tidak bergurau semasa makan
  10. Gunakan alas meja
  11. Tidak membazir makanan
  12. Masukkan kerusi ke dalam meja jika makan dimeja
  13. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah
  14. Bantu hidangkan makanan
  15. Minum air dan makan buah selepas 10 minit selesai makan
  16. Membaca doa selepas makan

Kebersihan Penyediaan Makanan di Prasekolah



SEBELUM MEMASAK

- Menggunakan bahan mentah yang segar, bersih dan halal.
- Pastikan kuku pendek dan mencuci tangan supaya tangan sentiasa dalam keadaan bersih
- Memakai apron
- Menutup kepala ( bertudung atau mengikat rambut dengan kemas )
- Pastikan dapur dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan bukan makanan (pencuci lantai).
-
SEMASA MEMASAK

- Makanan yang hendak dimasak hendaklah di cuci bersih
- Peralatan memasak bersih, sesuai dan selamat digunakan ( tidak berkarat )
- Pastikan makanan betul-betul masak.
- Elakkan daripada bersih/ batuk dari arah makanan.
-
SELEPAS MEMASAK

- Buang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Bersihkan peralatan memasak yang telah digunakan.
- Peralatan disimpan di temapat yang betul.
- Menutup makanan selepas memasak sebelum dihidangkan.

KETIKA MENGHIDANG

- Menghidang pada pinggan yang sesuai dan bersih
- Meja hidangan tidak kotor
- Menggunakan alas meja yang mudah di cuci
- Elakkan menggunakan tangan semasa menghidang.
- Elakkan menggunakan kain pengelap yang sama untuk mengelap pinggan dan meja.

Makanan Yang Harus Dielakkan Dikalangan Kanak-kanak



i. Makanan ringan disebabkan oleh pewarna tiruan, perasa atau gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan.
ii. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa.
iii. Makanan dalam tin.
iv. Buah-buahan jeruk

Perlu dingatkan bahawa beberapa jenis makanan walaupun dalam kelas makanan tertentu dan memberi tenaga kepada kanak-kanak tidak boleh dimakan pada kadar yang tidak berlebihan, contohnya;

i. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa.
ii. Makanan yang berlemak dan berminyak.

Perkara pokok yang ditekankan semasa membuat persediaan makanan untuk kanak-kanak ialah kegemaran mereka. Sia-sia saja kita menyediakan makanan yang mahal-mahal jika kanak-kanak tidak memakannya. Oleh itu menu hendaklah dirancang mengikut
kegemaran mereka, tetapi mesti mengambil kira keperluan makan makanan yang seimbang. Untuk memastikan makanan sentiasa segar dan khasiatnya tidak hilang, cara pengendalian yang betul sebelum dimasak penting diamalkan. Semasa membuat persediaan makanan, kita hendaklah utamakan kebersihan pada setiap masa.

Setiap makanan yang dihidangkan untuk kanak-kanak hendaklah bersih dan berkualiti. Segala bahan mentah yang dibeli hendaklah segar. Bahan-bahan seperti timun dan lobak merah yang hendak dimakan mentah harus dibasuh dengan air garam dahulu sebelum dimakan. Amalan ini membantu kita menghapuskan bakteria yang terdapat pada sayuran itu. Kalau dimasak pastikan makanan tidak dimasak terlalu lama sehingga termusnah segala khasiat yang ada.

Alat-alat yang digunakan untuk memasak dan untuk menghidangkan makanan juga perlu bersih. Alat-alat yang tidak mudah berkarat amat sesuai. Pastikan kesemua alat ini dibersihkan dan lebih baik sekiranya kesemua alat ini dijemur di bawah panas matahari sebelum disimpan. Bakteria akan terhapus dibawah panas yang terik ini.

Bahan mentah yang dibeli hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang bertutup rapat atau bahan bungkusan, seperti; ‘Cling film’ supaya makanan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mencegah merebaknya pembiakan bakteria yang boleh membawa penyakit.

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH



Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.

Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.

Pemakanan



Pengenalan

Makan ialah keperluan asasi manusia. Melalui makanan kita dapat memenuhi keperluan yang dikehendaki di dalam tubuh untuk meneruskan proses kehidupan.

Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Berpandukan pengetahuan ini pelajar akan dapat merancang dan menyediakan makanan yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak.

Konsep Makanan dan Pemakanan

Makanan biasanya berkait rapat dengan pemakanan. Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa. Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan keperluan pemakanannya.


Makanan yang dimakan itu ditukarkan menjadi bahan pembakar dalam bentuk gula ringkas yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa ini penting untuk membekalkan haba, pembiakan sel dan sumber tenaga. Organ-organ di dalam badan memerlukan makanan yang sesuai untuk menjalankan tugas masing-masing. Selagi makanan yang bermutu dan berkhasiat ini diperoleh, semua organ dalam badan akan memainkan peranan dengan cukup berkesan. Dengan itu juga kesihatan anak-anak di bawah jagaan kita akan terus terjamin dan kekal.

Diketahui umum bahawa kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang adalah cergas, riang dan mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi.

Kandungan

Tujuan guru menekankan konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk:

1.1 Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
1.2 Membina kelaziman dan minat kanak-kanak supaya makan makanan berkhasiat.
1.3 Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif.
1.4 Memelihara adab sopan dan peraturan makan.
1.5 Berpeluang memperoleh bimbangan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin dan nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup yang sihat.
1.6 Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi.
1.7 Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.

Persidangan Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969 ) telah menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang antara lain :

1.1 Pemakanan merupakan satu proses memakan makanan yang
membolehkan kanak-kanak untuk hidup, membesar, sihat dan cergas, dan mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan.

1.2 Setiap kelas makanan mempunyai fungsi tertentu bagi
tumbesaran, perkembangan dan metabolisma tubuh badan.

1.3 Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan.

1.4 Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan, ekonomi dan psikologi kehidupan masyarakat setempat.

1.5 Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeza dari segi kuantiti.

1.6 Pengendalian makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan hidangan. ( John Brewer, 1995 )

Kemahiran Melukis Kanak-kanak



Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi?

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY

  • Peringkat Manipulatif (2-5 tahun)
  • Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
  • Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun)
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.


Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet


Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak- kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism.

(a) Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja.

(b) Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

(c) Peringkat Intelectual Realism
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

(d) Peringkat Visual Realism
Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.

“Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the
teacher, but they should not be considered as goals for education.”
- Hurwitz dan Day (2001)


(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarg terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.


KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:

(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

(d) Aspek Persepsi
Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi
Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Perkembangan Motor Kasar Kanak-Kanak



Pengenalan

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.

Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah mereka peroleh.

Perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun berada dalam keadaan yang sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor-faktor genetik yang diperolehi dari keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga dan kumpulan etnik.

Salah satu aspek penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah perkembangan daya penglihatan mereka. Pada usia ini perkembangan visual kanak-kanak akan mematangkan lagi perkembangan otak mereka yang juga memperkukuhkan kombinasi antara hemisfera kanan dan kiri otak yang seterusnya membolehkan kanak-kanak mahir dalam arah kiri dan kanan.

Otak kanak- kanak akan berkembang dengan pesat secara struktur dan fungsinya pada usia ini iaitu semasa mereka berada di prasekolah. Hemisfera kiri otak yang mengawal fungsi bahasa terbentuk dengan amat pesat pada dua tahun pertama usia kanak-kanak itu. Manakala hemisfera kanan otak yang mengawal maklumat megenai ruang mula berkembang dengan pesat pada sekitar usia lima tahun.

Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam pergerakan motor kasar dan motor halus yang amat hebat semasa berada di prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar dan motor halus ini adalah dipengruhi oleh perkembangan otak, perimbangan ( sense of balance ) yang lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan tangan.

Perkembangan motor juga dipengaruhi oleh latihan, ekspektasi ibubapa, peniruan, faktor genetik, perkembangan otak dan etnik keturunan.

Daya imbangan merupakan aspek yang juga penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengan biasanya akan mengalami masalah untuk mengimbangi badan mereka. Mereka tidak akan dapat melakukan pergerakan-pergerakan motor kasar seperti menyepak bola atau menendang. Adakalanya kanak-kanak mengambil masa yang lebih panjang dari kanak-kanak lain untuk memahirkan diri dalam pergerakan motor kasar. Maka guru haruslah mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan dalam perkembangan motor kasarnya.

Untuk berlari dan melompat, kanak-kanak melalui beberapa frasa sebelum mereka boleh berlari dan melompat dengan sempurna. Dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan terdahulu, pada usia 2 hingga 3 tahun barulah kanak-kanak boleh dilihat berlari dengan baik walaupun mereka kelihatan seperti berlari pada usia yang lebih muda. Pada usia 4 hingga 5 tahun kanak-kanak akan mampu berlari dua kali ganda lebih laju daripada kepantasan mereka berlari pada usia 3 tahun.

Kanak-kanak mula cuba untuk melompat apabila cuba memijak sesuatu objek dengan menggunakan sebelah kaki. Ini terjadi pada usia 18 bulan. Pada usia 2 tahun , kanak-kanak akan boleh melompat sambil mengangkat sedikit kedua-dua belah kaki mereka, tapi kanak-kanak ini masih lagi tidak tahu menggunakan tangan mereka untuk mengimbangi badan mereka semasa melompat.

Melempar dan menangkap bola merupakan kemahiran motor kasar yang cuba kanak-kanak lakukan pada awal usia mereka lagi. Namum begitu pergerakan melempar dan menangkap bola akan menjadi lebih cekap dan kemas apabila kanak-kanak mampu untuk mengawal pergerakan badan mereka. Kanak-kanak yang lebih matang sudah boleh mengimbangi badan mereka semasa membuat balingan atau menangkap bola berbanding dengan kanak-kanak dua atau tiga tahu yang biasanya kelihatan kaku dan sukar untuk membaling bola dan kadang-kadang gagal untuk menangkap bola. Kemahiran menangkap bola akan menjadi lebih baik apabila kanak-kanak itu lebih matang dan boleh menggunakan koordinasi visual mereka untuk memerhatikan pergerakan bola seterusnya menangkap bola tersebut.


Perkembangan Motor Kasar mengikut usia.

Usia 1 – 6 Bulan

Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah posisi ampu untuk pemandangan. Bayi akan terdorong untuk mengubah poisi kepala semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya. Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.Bayi juga mampu untuk menegakkan kepalanya semasa didokong. Semasa berada dalam keadaan terlentang bayi akan menendang-nendang dan menggerak-gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan.

Usia 6 – 9 Bulan

Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap, pergerakkan meniarap akan berubah-rubah mengikut kemahuan bayi. Bayi akan boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Bayi juga akan menendang-nendang dengan kuat. Pada usia ini juga bayi akan menghulurkan tangan meminta supaya mereka diangkat oleh orang dewasa disekeliling mereka. Di akhir tempoh ini, bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk . seterusnya bayi akan bangun dan duduk sendiri tanpa bantuan.

Usia 9 – 18 Bulan

Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang. Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia ini kanak-kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka. Dengan merangkak bayi akan boleh bergerak ke lebih banyak tempat yang sangat menarik bagi mereka tanpa bantuan orang dewasa. Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan. Seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan dari orang dewasa atau perabut di sekelilingnya untuk membantu mereka bertatih. Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa. Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Bayi akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini. Mereka akan cuba bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan. Bayi akan mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa.

Usia 18 Bulan – 5 Tahun

Pada usia 18 bulan , kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka adalah lebih baik. Kini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak-kanak juga boleh berdiri di atas hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola. Kanak-kanak juga akan menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka gemari.

Usia 5 – 7 Tahun

Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih kompleks. Kanak-kanak akan mmpu memanjat dengan baik. Mereka juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul.

Cadangan-cadangan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak.

• Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pergerakan motor kasar mereka.

• Berjalan ~ Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ke tepi, berjalan dalam bulatan, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan.
• Berlari ~ Kanak-kanak suka berlari dan bergerak cergas dalam banyak ketika. Aktiviti berlari haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti dan berlari.
• Skipping ~ skipping menggunakan tali, skipping secara sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan.
• Galloping ~ berlari seperti kuda
• Membaling dan menyambut bola ~ menggolekkan bola, menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet,
• Mengimbangkan badan ~ berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan di atas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan di atas tanah, membawa bola di atas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.

Matlamat Pembelajaran Motor Kasar PPK (2003)

Perkembangan motor kasar seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran dan gerakan tersebut. Menurut PPK (2003) matlamat dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak adalah mereka dapat menguasai kemahiran ini dengan berkesan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kemahiran pergerakan motor kasar seperti yang disarankan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003).


Masalah Motor Kasar

Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu perkembangan motor adalah perkembangan gerakan dan koordinasi selain daripada memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri.

Perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak teratur, perlahan dan agak pelik. Kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan dalam koordinasi ini juga mempunyai masalah bagi menyiapkan tugas yang melibatkan pergerakan otot secara berurutan. Sebagai contoh, kanak-kanak ini tidak dapat membuat aktiviti ini dalam urutan, membuka almari pakaian dan menanggalkan jaket baju.

Seperti motor halus, masalah dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak juga dapat dikesan di awal tumbesaran kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan kanak-kanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook & Woollacott, 1985). Keinginan kanak-kanak untuk bergerak dan meneroka persekitaran mereka merupakan rangsangan awal bagi gerakan motor kasar. Apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah bergerak balas dengan rangsangan seperti ini kita akan sedar bahawa mereka mempunyai masalah dalam perkembangan motor kasar mereka.

Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan. Menurut Moore (1984);
“At this age a child needs several hours of physical activity a day. This helps to build the body, purify the blood, promote good digestion and calm the nerves.”
(Raymond Moore, Homegrown Kids, p113)

Oleh itu kanak-kanak perlulah diberikan masa yang mencukupi bagi melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti bermain, berlari, memanjat atau aktiviti membantu ibubapa seperti membasuh kereta, membersihkan kawasan rumah atau aktiviti luar yang lain.

Perkembangan Motor Halus



Pengenalan

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.

Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini mula menulis.

Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok.

Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita membantu kanak-kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan yang lengkap dengan menggabungkan huruf – huruf tersebut bermula dengan perkataan yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka adalah dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-kanak yang baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor halus mereka.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001), menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil.


Perkembangan Motor Halus Mengikut Usia

• Usia 1 – 6 Bulan

Pada usia 1 hingga 6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek yang hadir dalam pandangan mereka. Bayi juga boleh memberi perhatian kepada ibubapa atau orang dewasa yang menjaganya. Bayi juga mampu merenung kepada cahaya yang terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi. Beberapa tindak balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi. Bayi juga boleh mengikut pergerakan objek yang lalu di hadapan mereka. Pada saat ini bayi menerima stimuli visual yang sangat pesat.

• Usia 6 – 9 Bulan

Bayi sangat peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka walaupun barangan permainan itu adalah kecil tatapi ianya berada dalam lingkungan pemandangan mereka.namun begitu perhatian mereka terhadap objek akan hilang sekiranya objek itu hilang dari pandangan mereka atau perhatian mereka telah beralih kepada ransangan yang lain. Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut, kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang satu lagi. Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah sesuatu yang mereka mahu atau sesuatu yang menarik perhatian mereka.

• Usia 9 – 18 Bulan

Penumpuan bayi terhadap perkara atau objek yang menarik perhatian mereka akan menjadi lebih baik di mana bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka mahu walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka. Bayi yang kini kanak-kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher grasp ) untuk mengambil barang yang mereka mahu. Kanak-kanak juga boleh menggunakan tiga jari (tripod grasp) untuk mengambil barang. Kebolehan bertepuk tangan, bermain, membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanak-kanak dari usia 9 hingga 18 bulan. Kebolehan Tripod grasp yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menggunakan pensil untuk menconteng.

• Usia 18 Bulan – 5 Tahun

Pada usia 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya membuat pilihan atau kecenderungan penggunaan tangan ; sama ada tangan kanan atau kiri/kidal. Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah menjadikan mereka mampu untuk menyelak muka surat buku. Mereka juga mampu membina menara. Kanak-kanak pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat suka melukis kerana mereka sudah boleh menghasilkan bentuk- bentuk yang mungkin memberi makna kepada mereka. Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh menggunakan gunting dengan baik. Koordinasi mata dengan tangan yang baik membolehkan kanak-kanak menguntai manik.

• Usia 5 – 7 Tahun

Pengawasan pensil yang baik berlaku di usia ini. Kanak-kanak juga mampu mencucuk benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga dengan lukisan.

• Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Prasekolah

• Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di usia prasekolah. Kanak- kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher Grasp ), namun mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher Grasp dengan lebih baik.

• Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam perkembangan motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk membuat contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan membina menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun, perkembangan motor halus kanak-kanak akan menjadi lebih matang apabila mereka boleh makan menggunakan sudu, menconteng berbentuk bulatan. Pada usia empat tahun pula, kanak-kanak sudah mampu menyarung pakaian mereka sendiri, melukis lakaran manusia dan menggunakan gunting dan menggunting garisan yang disediakan. Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.

• Isu sama ada kanak-kanak itu seorang yang kidal atau menggunakan tangan kanan juga menjadi perhatian semasa usia prasekolah. Ini adalah kerana pada usia ini terserlahlah samada kanak-kanak itu menggunakan tangan kanan atau kidal. Namun begitu kidal atau kanan adalah lebih bergantung kepada faktor genetik berbanding dengan faktor persekitaran.


Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata dan tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan bijirin.
• Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntinggan-guntingan yang lebih rumit.
• Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.
• Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor halus kanak-kanak.
• Menyulam manik
• Menekap gambar yang sedia ada
• Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan.
• Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari.
• Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan..
• Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manik pada benang.
• Bermain permainan seperti "puppet " – dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelengkeng.
• Mengikat tali kasut


Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003)

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Jadual 3.1 di bawah berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus.


Masalah Penguasaan Kemahiran Motor Halus

Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini, gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau memasang butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses penghantaran maklumat dalam sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain itu, otot kecil juga lebih cepat letih berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanka-kanak ini untuk mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini memerlukan lebih kesabaran bagi kanak-kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini.

Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi lambat disebabkan beberapa faktor antaranya; kecederaan, penyakit, stroke atau keadaan tidak normal sejak lahir. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas tetapi tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang baharu kemungkinan mengalami masalah dalam membuat gerakan motor halus. Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan kesihatan kanak-kanak seperti penyakit sawan, terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang lambat dalam kemahiran motor halus ini juga akan mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan dan jari.

Sesetengah tanda terencat perkembangan motor boleh dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2 tahun. Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk atau mengangkat kepala, sukar berdiri jika tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti merangkak, atau tempoh berjalan yang agak lambat. Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah. Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang pensil, sukar untuk melukis atau sukar memasang butang baju. Oleh itu ibu bapa, penjaga dan guru harus faham tentang perkembangan dan keperluan motor halus kanak-kanak agar perkembangan mereka dapat dibantu dengan sebaiknya.

Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus memerlukan perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan membina blok lego. Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor halus mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam kurikulum prasekolah.