:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Tuesday, February 28, 2012

Apa Itu Membaca??



Ramai di antara kita tidak faham apa itu membaca. Fahaman seperti di atas adalah satu fahaman yang biasa bagi kebanyakan ibu bapa. Rata-rata, kita beranggapan bahawa untuk membaca, anak-anak perlu mengenal huruf atau mengtahui nama huruf. Tanggapan ini disahihkan pula dengan rancangan-rancangan pendidikan kanak-kanak di televisyen. Contoh yang paling mudah ialah Sesame Street.

Bahan-bahan pendidikan terutamanya buku juga diolah untuk memperkenalkan nama huruf terlebih dahulu. Lagu ‘abc’, saya fikir ialah lagu yang semua orang tahu tidak kira tua ataupun muda. Ia boleh dikira lagu yang evergreen.

Justeru itu, mari kita hilangkan kekeliruan ini dahulu. Cuba kita fahami apa itu membaca. Kita tidak mahu apabila kita sudah mula mengajar, tiba-tiba baru kita tersedar yang kita sudah tersalah ajar. Ibaratnya memandu di Kuala Lumpur yang penuh dengan lebuhraya, kalau sudah tersilap jalan, baru hendak berpatah balik, memanglah menyusahkan diri.

Di dalam siri artikel ini, kita akan membicarakan mengenai konsep membaca yang umum.

Membaca itu bukan satu kemahiran semula jadi

Membaca itu adalah satu kemahiran. Akan tetapi kita tidak boleh menyamakan membaca dengan kemahiran berjalan, melompat atau berlari. Cuba bayangkan sewaktu anak kita masih bayi. Ketika baru dilahirkan, anak kita terbaring, tidak boleh bangun selagi tidak dibangunkan.

Apabila memasuki usia 3 bulan, kita mula menanti-nanti bilakah anak kita akan mula meniarap. Apabila masuk usia 6 bulan, kita mula berharap untuk melihat anak kita duduk dan kemudian merangkak. Apabila masuk usia 9 bulan pula, kita mula menjangkakan anak kita akan mula berjalan dan jatuh. Dan begitulah seterusnya...

Mungkin ada yang cepat dan ada juga yang lambat, itu perkara biasa. Orang tua-tua sering berkata, anak perempuan biasanya cepat bercakap, anak lelaki pula cepat berjalan. Hakikatnya, setiap anak yang normal akan boleh berjalan, melompat, berlari dan bercakap bila tiba waktunya. Ini disebabkan kemahiran ini adalah kemahiran tabii mereka.

Dengan sedikit bantuan, galakan dan ruang, anak kita akan menguasai kesemua kemahiran tadi sendiri.

Akan tetapi, situasi ini tidak sama dengan membaca. Kita tidak boleh meramalkan bahawa apabila anak kita berumur tujuh tahun, pasti dia akan boleh membaca!

Apabila masuknya anak kita ke sekolah bukan bermakna dia boleh membaca. Ini kerana, sememangnya setiap manusia itu tidak dilahirkan dengan perisian boleh membaca. Amat menyedihkan bagi kita yang berkata:

“Alaah… bila masuk sekolah nanti, pandailah dia baca.” Seolah-olah ianya satu jaminan. Kalau kita boleh jamin setiap anak itu boleh membaca apabila melangkah ke sekolah, sudah pasti tidak akan wujud statistik yang mengatakan bahawa lebih 100,000 murid tidak boleh membaca.

Ketika negara memasuki fasa ke-2 menuju wawasan 2020, terdapat 3% pelajar tahun 2 hingga tahun 6 di seluruh negara tidak tahu membaca, menulis dan mengira! Hampir kesemua sekolah mempunyai kelas pemulihan.

Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris? Kalau sudah tidak tahu membaca bahasa Melayu, bahasa Inggeris sudah tentu lebih sukar. Masalah ini bukan sekadar berlaku di Malaysia sahaja, malah di Amerika Syarikat - negara yang dikenali sebagai sebuah negara maju – didapati 70% rakyatnya tidak boleh membaca dengan baik!


copyright by : http://www.ameeneducare.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=107&Itemid=68

Monday, February 27, 2012

PROFORMA PJM3112: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN



Pro Forma Kursus

Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Pendidikan Jasmani – Pendidikan Rendah)

Nama Kursus

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

(Management and Administration of Physical Education and Sports)

Kod Kursus

PJM3112

Kredit

3(2+1)

Jam Kontak

60 Jam

Prasyarat

Tiada

Semester

Lima – Tahun Tiga

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan teori pembelajaran yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

2. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

3. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

4. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dengan berkesan.

5. Mengintergrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna.

6. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.

7. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa.

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan, pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa, pengurusan pendidikan jasmani dan sukan, pengurusan permainan tradisional, program pembangunan sukan, undang-undang dan pentadbiran sukan, isu-isu dalam sukan, nilai dan etika dalam sukan.

This course discusses the management and administration of physical education and sports, administration of national and international sports agency, managing physical education and sports, managing tradisional games, sports development programme, laws and administration of sports, issues in sports, values and ethics in sports.

Tajuk

Kandungan

Jam

1

2

3

4

5

6

7

8

Teori

Pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan;

  • Konsep dan definisi pengelolaan, pengurusan dan pentadbiran
  • Skop pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan
  • Skop pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
  • Skop pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan

Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa;

· Perlembagaan organisasi badan sukan kebangsaan

· Pentadbiran organisasi sukan

· Pengendalian mesyuarat

· Belanjawan dan pengurusan kewangan

· Lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan negara

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

· Kepimpinan

· Mengenalpasti dan penggunaan sumber

· Pengurusan sumber manusia

· Bekerja dengan sukarelawan

· Sumber kewangan

· Perancangan

· Penyelesaian masalah

· Membuat keputusan

· Penilaian

· Komunikasi

· Teknologi dalam sukan

· Pengurusan kemudahan

· Pengurusan stor

· Lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan negara

Pengurusan permainan tradisional

· Pengenalan kepada permainan tradisional

· Jenis-jenis permainan tradisional

· Peraturan-peraturan permainan tradisional

· Pengurusan pertandingan tradisional

Program pembangunan sukan

· Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran

· Pembangunan jurulatih

· Kenal pasti bakat

· Pembangunan athlit

Undang-undang dan pentadbiran sukan

· Kaitan undang-undang dan sukan

· Liabiliti perundangan dalam sukan

Isu-isu dalam sukan

· Wanita dan sukan

· Sukan dan media massa

· Politik dan sukan

· Insentif dan athlit

· Perjudian dan sukan

· Cabaran sukan negara membangun masa kini

Nilai dan etika dalam sukan

· Permainan bersih (Fair play)

· Penyalahgunaan bahan dalam sukan

· Keganasan dalam sukan

· Gangguan dalam sukan

2

2

8

4

4

2

4

4

Jumlah

30

1

2

Amali

Lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi sukan seperti; majlis sukan negara / institut sukan negara / persatuan permainan negara / majlis sukan negeri / persatuan permainan negeri dan lain-lain badan yang berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

Melaksanakan lawatan berdasarkan perkara berikut;

· Kertas kerja

· Pengurusan lawatan

· Pelaksanaan lawatan

· Laporan

Aspek yang perlu diberi perhatian ialah;

Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri;

· Perlembagaan organisasi badan sukan kebangsaan

· Pentadbiran organisasi sukan

· Pengendalian mesyuarat

· Belanjawan dan pengurusan kewangan

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

· Kepimpinan

· Mengenalpasti dan penggunaan sumber

· Pengurusan sumber manusia

· Bekerja dengan sukarelawan

· Sumber kewangan

· Perancangan

· Penyelesaian masalah

· Membuat keputusan

· Penilaian

· Komunikasi

· Teknologi dalam sukan

· Pengurusan kemudahan

· Pengurusan stor

Program pembangunan sukan

· Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran

· Pembangunan jurulatih

· Kenal pasti bakat

· Pembangunan athlit

Undang-undang dan pentadbiran sukan

· Kaitan undang-undang dan sukan

· Liabiliti perundangan dalam sukan

Isu-isu dalam sukan

· Wanita dan sukan

· Sukan dan media massa

· Politik dan sukan

· Insentif dan athlit

· Perjudian dan sukan

· Cabaran sukan negara membangun masa kini

Nilai dan etika dalam sukan

· Permainan bersih (Fair play)

· Penyalahgunaan bahan dalam sukan

· Keganasan dalam sukan

· Gangguan dalam sukan

Pengurusan permainan tradisional

Melaksanakan satu pertandingan berdasarkan perkara berikut;

· Kertas kerja

· Pengurusan pertandingan permainan tradisional

· Laporan

24

6

Jumlah

30

Jumlah Keseluruhan

60


Pentaksiran

Kerja kursus 60%

Peperiksaan 40%

Rujukan

Asas

Ab. Aziz Yusof (2006). Pengurusan Sumber Manusia; Konsep, Isu dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Pearson Education.

Anthony, R.N. (2006). Management Control Systems. Chicago: McGraw Hill.

Brown, D.R. (2006). An Experiential Approach to Organisation Development. New Jersey: Prentice Hall.

Rujukan Tambahan

Hewes, D.W. (2005). An Administrative Guidebook to Early Care and Education Programmmes. Boston: Allyn and Bacon.

International Olympic Committee (2001). Sport Administration Manual. Calgary, Canada: McAra Printing Limited.

Kelly, L.E. & Melograno, V.J. (2004). Developing the physical education curriculum: An achievement-based approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

Muhammad Nasri (2005). Pengurusan Sumber Manusia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Pearson Education.

Rankin, J.M. (2006). Athletics Training Management: Concepts and Application. Boston: McGraw Hill.

Wuest, D.A. & Bucher, C. A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th edition). Boston: WCB McGraw-Hill.