:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Thursday, May 21, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009




>>>GURU PEMBINA NEGARA BANGSA<<

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi



CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH



1. Memahami keupayaan kanak-kanak
2. Memahami aras pemikiran kanak-kanak
3. Memahami kelangsangan kanak-kanak
4. Memahami gerak emosi kanak-kanak: Pembelajaran nilai
5. Memahami pendekatan belajar
6. Memahami perasaan ingin tahu kanak-kanak
7. Memaham kadar pemikiran kanak-kanak yang berlainan

PANTUN LUCU



Sorong Papan tertarik Besi
Turun kelaut tertangkap buntal
SEbelum berkahwin setia berjanji
Kenapa dah kawin masih menggatal..........

Anak itik jalan melenggang
Melengang menuju ke ladang
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan hutang

Anak itik jalan melenggang
Melengang menuju ke parit
macam mana mati tak berhutang
Bayar sana sini dengan kad kredit

Makan Durian ditengah hutan
Durian disuap perempuan cantik
Sayang anak tinggal-tinggalkan
Sayangkan bini terus tak balik

Tengah hutan makan rambutan
Perempuan cantik suapkan rambutan
Syang anak rotan-rotankan
Sayangkan bini nasihat nasihatkan..