:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Wednesday, May 11, 2011

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)



<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.


Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.


Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid.



Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.


Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam mencapai matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak.



Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )



Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :

a) Komprehensif
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah
laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-
tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan
yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

b) Spesifik
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.


c) Mengikut urutan
RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d) Realistik dan sesuai
Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan
kadar perkembagan sedia ada setiap murid.

e) Difahami
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan
juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.

f) Dipersetujui
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat.

Apa itu Pendidikan Khas??



Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)

HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS



ü Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas

ü Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.

ü Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.

ü Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).

ü Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.

ü Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).

ü Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.

ü Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.

ü Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.

ü Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.

ü Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.

ü Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).

ü Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.

ü Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.

ü Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.

ü Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.

ü Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.

ü Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.

ü Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.

ü Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.

ü Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).

ü Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.

ü Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.

ü Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS



Falsafah Pendidikan Khas


Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.