:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Tuesday, December 8, 2009

5E Model Lesson (Konstruktivist)



PENGENALAN

konstruktivisme’ membawa maksud falsafah membina. Ia digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi,pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral.Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977).

Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar.
Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya.

Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.

MODEL 5E

1. ENGAGE (Melibatkan)

•Memberi tugasan, topik, atau penerangan konsep.
•Timbulkan minat dalam setiap tugasan.
•Menghasilkan ke arah perasaan ingin tahu.
•Bertanya pelbagai jenis soalan.


2. EXPLORE (Penerokaan)

MEMUASKAN PERASAAN INGIN
TAHU:
•Penemuan @ pertanyaan utk diteroka & disiasat.
•Menjalankan eksperimen.
•Galakkan kerjasama dalam kumpulan, rakan sedarjah & guru.
•Tanya soalan yg meneroka yakni lebih mendalam


3. EXPLAIN (Penerangan)

PENERANGAN KPD KONSEP
& DEFINISI:
•Terangkan konsep & definisi yg diberikan.
•Tanya pelajar tentang penerangan konsep yg diajar.
•Dapatkan bukti tentang penerangan konsep tadi & beri penjelasan.


4. ELABORATE (Huraian)

KEMBANGKAN KONSEP ITU
KEPADA BIDANG @ KONSEP LAIN:
•Cari hubungkait dlm subjek2 lain utk konsep berkenaan.
•Cuba hubungkaitkan konsep yg dipelajari dlm kehidupan sebenar.


5. EVALUATE (Menilai)

MENILAI PEMAHAMAN PELAJAR:
•Adakan pembentangan @ persembahan sesudah proses P&P.
•Menilai pengetahuan & kemahiran pelajar.
•Tanya soalan yg terbuka.
•Usulkan bukti yg kukuh & membina.

IMPLIKASI 5E TERHADAP P&P

1. Engage

  • Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P
  • Murid tidak segan untuk bertanya jika kurang faham berkenaan sesuatu topik
  • Menjalankan interaksi dua hala- tidak berpusatkan guru semata-mata.
  • Memberi keyakinan diri kepada murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara.
  • Murid akan mempunyai minat untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu mata pelajaran (tidak bosan.)

2. Explore
  • Capai kepuasan kerana berjaya melihat sendiri hasil eksperimen
  • Menerapkan nilai murni dalam kalangan murid iaitu nilai kerjasama.
  • Meningkatkan kefahaman kognitif murid tentang sesuatu pembelajaran.
  • Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar tanpa terlalu bergantung kepada guru.

3. Explain
  • Penerangan yang diberikan merangkumi konsep dan contoh yang dekat dengan murid.
  • Murid akan memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh guru.
  • Proses P&P berkesan dan mencapai objektif.
  • Murid-murid tidak akan berasa bosan semasa pembelajaran.

4. Elaborate
  • Huraian dikaitkan dengan pengalaman sedia ada yang dimiliki murid
  • Memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku dan kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri.
  • Murid akan lebih faham tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.

5. Evaluate
  • Guru dapat menilai setakat mana kefahaman murid.
  • Guru juga boleh membuat penilaian berkenaan pengetahuan sedia ada yang dimiliki murid.
  • Guru dapat memperbaiki kelamahan diri dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid.
  • Murid akan sentiasa bersedia.

BAGAIMANA GURU MENGAPLIKASIKAN MODEL 5E DALAM P&P

  1. Guru melibatkan murid dalam proses P&P.
  2. Memberi pengalaman secara ‘hands on’ kepada murid.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang sesuatu yang mereka tidak faham.
  4. Dalam P&P guru memberi peluang kepada murid untuk memberikan pandangan atau pendapat mereka.
  5. Guru memberikan contoh yang menarik serta berkaitan dengan kehidupan mereka.
  6. Guru menggunakan BBM maujud.
  7. Guru mengutamakan kerja berkumpulan.
  8. Guru membuat kuiz atau soal jawab terhadap murid apabila selesai mengajar sesuatu topik.
  9. Guru memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu topik berserta dengan contoh yang tepat.

0 comments: