:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Tuesday, December 8, 2009

HIV/AIDS



Apa itu HIV?

HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/┬Ál. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.

HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda-tanda ?

Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan system imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti :

* Pembengkakan pada nodus limfa, hati atau limpa
* Ruam pada kulit
* Serawan Mulut(tompok-tompok putih dalam mulut)
* Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan
* Demam yang berpanjangan atau cirit-birit
* Pertumbuhan terbantut

Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser

Apakah komplikasinya?

HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan system imunisasi badan secara berterusan, hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser .

Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?

Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit

Adakah ia dapat dicegah?

Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :

* Elakkan berkogsi jarum suntikan
* Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara rambang
o Elakkan berbilang pasangan
o Gunakan Kondom

Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor) Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada Malaysian AIDS Council

sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/HIVkanak_kanak.php

0 comments: