:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Wednesday, July 29, 2009

TEORI PEMBELAJARAN



Pada asasnya, terdapat 4 mazhab utama di dalam teori-teori pembelajaran, iaitu :-
i) Mazhab Behavarious

Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F, Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada guru. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori Rangsangan- Gerak balas.
ii) Mazhab Kognitif

Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.
iii) Mazhab Humanis

Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya:

i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.
ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.
v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.
iv) Teori Konstruktivisme

Konsep konstruktivisme telah digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi, pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral. Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977). Teori pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.

0 comments: