:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Monday, July 27, 2009

PENDEKATAN BERTEMA



Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Pendekatan tematik adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu topik yang dipilih bersesuaian dengan kehidupan murid, masa, tempat dan minat murid. Pemilihan tema dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah :

􀂃 Berasaskan cadangan murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa;
􀂃 Merentas atau berkaitan dengan komponen;
􀂃 Meluaskan pengetahuan dan kemahiran murid serta pengukuhan kesepaduan; dan
􀂃 Mempunyai pemeringkatan daripada yang mudah kepada
yang lebih mencabar.

0 comments: