:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Sunday, November 1, 2009

JENIS DAN CIRI-CIRI MAIN



Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.


1. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)


Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut :

Unoccupied Play

Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan.

Solitary Play

Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.

Onlooker Play

Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

Parallel Play

Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.

Assosiative Play
Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

Cooperative Play
Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.


2. Main Kognitif (Piaget, 1962)

Practice Play/ Functional Play

Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan menggunakannya.

Symbolic Play

Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.

Play With Rules

Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.

Constructive Play

Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek.

3. Sociodramatic Play

Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.


4. Free Play

Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.


5. Outdoor Play

Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak.

Sumber:
http://mabjip.blogspot.com/2009/06/jenis-dan-ciri-ciri-main.html

0 comments: