:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Tuesday, December 8, 2009

EKZEMA



Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

* Keturunan.
* Alahan
* Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
* Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
* Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apakah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

* Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
* Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
* Bengkak kecil yang berair.


Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

* Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
* Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
* Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
* Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
* Elakkan mandi air panas/suam.
* Elakkan memakai baju berlapis-lapis
* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
* Elakkan dari fabrik yang kasar.
* Jangan gunakan sabun apabila mandi.
* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Ekzema%20-%20kanak-kanak.php

CONJUNCTIVIS



Apakah maksud radang selaput mata (conjunctivitis)?

Selaput mata (conjunctiva) ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan kelopak mata. Radang selaput mata (conjunctivitis) ialah selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman (bacteria atau virus) atau alahan.

Tanda-tanda dan gejala

Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab radang selaput mata.

Radang selaput mata yang disebabkan oleh bakteria:


* Mata merah
* Discaj Pekat (thick discharge)
* Kelopak mata melekat
* Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
* Selalunya berlarutan selama seminggu

Radang selaput mata yang disebabkan oleh virus:

* Mata merah
* Discaj cair (slight watery discharge)
* Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
* Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih

Radang selaput mata yang disebabkan oleh alahan:

* Mata merah
* Gatal mata, kadangkala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis)
* Mata berair dan pedih
* Mata sentiasa berair
* Kedua belah mata sakit pada masa yang sama
* Boleh berlanjutan buat masa yang lama

Apakah rawatan penyakit ini?

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:

* Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan "ointment" secara lebih kerap.
* Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:

* Tidak memerlukan rawatan yang khas
* Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:

* Ia mungkin keadaan yang kronik
* Memerlukan ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal

Cara-cara lain :

* Cuci atau lap mata dengan air suam, samada air biasa atau air yang telah dilarutkan dengan sedikit garam
* Elakkan kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang

Cara-cara mengelakkan jangkitan

Radang yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:

* Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
* Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
* Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair
* Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata
* Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat

sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/ConjunctivitisKanak_kanak.php

BRONKITIS



Apakah itu Bronkitis?

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

  • Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
  • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih)
Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.

Apakah yang menyebabkan Bronkitis?

Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.

Gejala yang perlu diberi perhatian

Bronkitis Akut

* Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada
* Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F)
* Sakit tekak
* Sakit otot
* Kelesuan

Bronkitis kronik

* Penyebab utamanya ialah merokok
* Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
* Sukar bernafas dan terasa sesak dada
* Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)

Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis?
  • Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.
  • Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.
  • Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.

Pengurusan sendiri

Penjagaan sendiri untuk penyakit Bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.

  • Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.
  • Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
  • Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa

Ubat Untuk Merawat Bronkitis

Doktor anda mungkin:

* Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
* Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
* Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota)

Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:
  • Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).
  • Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.
  • Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.
sumber:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/BRONKITIS.php

CIRIT-BIRIT (DIARRHOEA)



Pengenalan

Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?

Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

* Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
* Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?

Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:

Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

* Bakteria
* contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
* Virus
* contoh; Norwalk virus, Rotavirus
* Parasit
* contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

* Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
* Reaksi ubat-ubatan
* anti-biotik tertentu
* Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
* Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?

* Perut rasa memulas lebih kerap
* Cirit-birit
* Mual dan muntah-muntah
* Demam
* Hilang selera makan
* Sakit perut/kejang
* Kembung perut

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana

* Mulut dan lidah kering
* Bibir merekah
* Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
* Gelisah
* Tidak kencing sehingga 4-6 jam
* Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)

Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

* Kulit kering dan berkedut
* Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
* Enggan makan
* Mata cengkung
* Sukar bernafas
* Nadi yang lemah dan cepat
* Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?

Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

* Tanda-tanda dihidrasi
* Darah pada najis atau najis bewarna hitam
* Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
* Hilang berat badan
* Mengantuk dan kelihatan lali
* Demam > 38 darjah selsius
* Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?

* Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
* Jangkitan Sistemic (systemic infection)
* Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
* Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah

* 30 hingga 90mls setiap jam

Umur 6 bulan hingga 1 tahun

* 90 hingga 120mls setiap jam

Umur atas 1 tahun

* 120 hingga 240 mls setiap jam

Sumber :
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/CIRITBIRITKanak_kanak.php

PENYAKIT CACING/KECACINGAN



Cacing Jarum / Cacing Benang

Apa itu cacing jarum atau cacing benang

Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran lebih kurang setengah inci panjang dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur.

Apakah ‘enterobiasis’ ?

Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai ‘enterobiasis’. Suatu penyakit yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak.

Bagaimanakah ia berjangkit ?

Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telor cacing jarum melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman kanak-kanak lain yang telah dijangkiti. Apabila telah di jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal. Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal didalam usus.

Bagaimanakah ianya terjadi ?

* Kebanyakkan kanak-kanak tidak mendapat apa-apa tanda dan gejala.
* Namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kegatalan disekeliling dubur dan vagina.

Komplikasi

Tempat-tempat yang digaru tersebut terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder disebabkan oleh terdedah akibat kesan garukkan.

Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?

* Terdapat cacing didalam najis anak.
* Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan dibawah mikroskop dengan cara melekatkan tape cellophane pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula. Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.

Bagaimanakah ia di rawat ?

* 1 dos ubat Albendazole atau Mebendazole diberikan dan di ulang selepas 2 minggu.
* Rawatan ini perlu diberikan untuk semua ahli keluarga.
* Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan. (sekeliling kawasan dubur atau vagina )
* Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.

Pencegahan

* Mandi dengan kerap
* Gunakan cadar, pakaian dalam, pakaian tidur yang bersih.
* Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.

JANGKITAN CACING GELANG

Apa itu Cacing Gelang ?

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing dikalangan manusia. Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa pula boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa pendek sedikit dari cacing gelang betina. Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis. Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.

Bagaimanakah ia berjangkit ?

Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor. Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut. Selain dari itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?

* Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.
* Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut .
* Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.
* Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing ?

Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.

Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing ?

Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.

Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah ?

Pencegahan boleh dicapai jika anda :

1. Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
2. Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia.
3. Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
4. Elakkan dari makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.

CACING RAMBU ATAU CACING CAMBUK

Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk

Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada cirri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup didalam diantara 1-3 tahun. Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia. Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telor dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.

Apakah ‘trichuriasis’?

'Trichurisasis’ ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia sering berlaku dikalangan kanak-kanak.

Bagaimanakah ia berjangkit ?

Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telor cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak memasukkan jari tangan kedalam mulut selepas bermain dengan tanah yang tercemar.. Telur-telur cacing tersebut akan menetas serentak didalam usus besar kanak-kanak.

Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Jangkitan ringan ( cacing kurang dari 100 )

1. Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
2. Kadang-kadang kanak-kanak mengalami kembong perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa (sebu).

Jangkitan teruk ( cacing melebihi 100 -1000 ) kemungkinan di ikuti dengan tanda-tanda dan gejala berikut :-

1. Sakit perut
2. Muntah
3. Cirit birit kemungkinan mengandungi darah
4. Pucat
5. Hilang selera makan
6. Susut berat badan
7. Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapsed)
8. Pembesaran terencat

Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk ?

Bagi kes yang teruk , pucat dan kekeringan berlaku kesan dari cirit birit yang mengandungi darah. Namun jarang berlaku ??? rectal prolapsed ??? (Bahagian akhir usus besar terkeluar)

Bagaimanakah anda tahu anak anda di jangkiti cacing rambu atau cacing cambuk ?

Apabila anak anda buang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik keatas najis anak anda.

Apakah rawatannya ?

Pengambilan ubatan secara oral adalah lebih berkesan. (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari). Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi ).

Pencegahan

1. Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan.
2. Pastikan anak anda memakai kasut atau alas kaki ketika bermain di tanah atau dipadang permainan.
3. Pastikan kuku tangan anak anda sentiasa pendek.
4. Cuci makanan yang telah dicemari tanah dengan sempurna

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/CACINGJARUMkanak_kanak.php

BISUL



Pengenalan

Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Apa Itu Bisul?

Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Apa Penyebab Bisul?

Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?

Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :

* Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
* Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
* Atopy (alahan)
* Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
* Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV
* Kurang zat makanan
* Pesakit diabetis.

Apakah Tanda-tanda dan Gejala Bisul?

Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:

* Nanah di bahagian tengah bisul
* Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut
* Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti
* Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

Bagaimanakah Mendiagnosa Bisul?

Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.

Bagaimanakah Merawat Bisul?

Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.

Rawatan termasuk :

* Anti-biotik yang bersesuaian (semasa)
* Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah
* Pemberian ubatananti-biotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya
* Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah

Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.

Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?

* Menjaga kebersihan diri dengan baik
* Pastikan kulit sentiasa bersih
* Basuh tangan sebelum menyentuh muka
* Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian

Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/BisulKanak_kanak.php

CACAR AIR/CAMPAK



Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar

Measles air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :

* Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.


Cacar air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas.

* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
* Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
* Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Sumber :
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/CacarAirKanak_kanak.php