:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Thursday, May 13, 2010

Children Songs 2



kat pAgE ni PuN baNYak laGU kanak-kANak berSAmA muZik & lAgu (midi)..

~ LInk ke bLOg ini...

Children Songs



~ There are many children songs here.. so you can upload its.. nice and interesting ..~~
gotcha....=)

Click HERE..

Wednesday, May 12, 2010

Perkembangan Konsep Sains & Matematik Kanak-kanak



Konsep matematik dan sains berkaitan secara langsung dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Sama ada kita sedar atau tidak kanak-kanak mempelajari kedua konsep ini di dalam setiap aktiviti mereka seharian. Kanak-kanak dilahirkan dengan dianugerahkan sifat ingin tahu. Sewaktu kanak-kanak bermain dengan blok dan bongkah, mereka sebenarnya melalui pengalaman kognitif seperti melakukan pengkelasan. Begitu juga sewaktu kanak-kanak
memegang objek, menghisap susu, mereka sebenarnya sedang menggunakan deria mereka secara optimum. Aktiviti- aktiviti yang dilakukan berkembang menjadi semakin kompleks selari dengan pertambahan usia mereka.

(a) Bagaimana Konsep Berkembang

Peringkat awal kanak-kanak merupakan satu peringkat di mana kanak- kanak terlibat secara aktif dalam pemerolehan konsep dan kemahiran asas. Pembelajaran konsep membolehkan seseorang menyusun dan mengkategorikan maklumat yang diperoleh. Sesuatu konsep yang dikuasai boleh diaplikasikan sebagai jalan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti hariannya, kita dapat memerhatikan bagaimana konsep yang dibina dan digunakan oleh kanak- kanak. Sebagai contoh dalam aktiviti padanan satu dengan satu, mengira, klasifikasi dan juga pengukuran.

Apabila kanak-kanak bertambah dewasa, mereka mengaplikasikan konsep asas untu menjelajah dan mendapatkan penemuan baru dalam konsep sains dan membantu memahami konsep matematik yang lebih kompleks seperti operasi penambahan dan pengurangan. Apabila kanak-kanak membesar dan berkembang secara !zikal, sosial dan mental, pemahaman konsep mereka juga turut berkembang. Setiap kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sama tetapi pada masa yang berbeza. Pencapaian perkembangan konsep kanak-kanak ini berlaku mengikut peringkat dan berurutan.

Konsep asas yang berkembang sewaktu awal kanak-kanak menjadi asas kepada pemahaman kanak-kanak terhadap matematik dan sains. Kebanyakan pemahaman tentang bagaimana dan bila perkembangan berlaku adalah berdasarkan teori Piaget dan Vygotsky mengenai perkembangan konsep.

Matematik dan sains saling berkaitan. Konsep asas matematik seperti perbandingan, pengkelasan dan pengukuran disebut juga sebagai kemahiran proses bila diaplikasikan terhadap masalah-masalah sains. Oleh itu konsep asas matematik diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam sains. Kemahiran proses sains yang lain seperti pemerhatian, komunikasi,
hipotesis juga sama penting untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam matematik dan sains.

Apabila kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap beberapa jenis buah, seperti epal merah, epal hijau, anggur, oren dan pisang, mereka meneliti buah-buahan tersebut dari aspek warna, bilangan, tekstur, bentuk, rasa dan kandungan. Hasil pemerhatian yang dilakukan boleh direkodkan menggunakan kemahiran pengiraan dan pengkelasan. Selain daripada itu, aktiviti ini juga boleh dikembangkan lagi dengan menimbang dan mengukur buah-buahan tersebut. Di akhir aktiviti, buah-buahan tersebut boleh dipotong kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Oleh itu kanak-kanak dapat pendedahan mengenai konsep pecahan. Huraian di atas menerangkan kepada kita bahawa konsep kemahiran matematik dan sains boleh diperolehi oleh kanak-kanak dalam aktiviti yang dilakukan secara hand-on dan minds-on.

(b) Bagaimana Konsep Diperolehi?

Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak memahami
apa yang dipelajari. Apabila kanak-kanak meneroka persekitaran mereka,
mereka dapat menimba pengalaman di mana pengetahuan digunakan
secara aktif untuk membentuk perhubungan yang baru. Pembelajaran yang berlaku di bawah kawalan kanak-kanak dikenali sebagai pembelajaran semula jadi (Naturalistic Learning). Selain daripada itu, terdapat dua lagi pengalaman pembelajaran iaitu Pembelajaran Tidak Formal (Informal Learning) dan Pembelajaran Berstruktur (Structured Learning).


c) Menilai Tahap Perkembangan Kanak-kanak

Tahap perkembangan kanak-kanak boleh dilihat dan dinilai. Apabila kanak- kanak dapat menyempurnakan segala tugasan konsep yang tertentu tanpa bantuan. Ini menunjukkan mereka telah mencapai tahap perkembangan konsep tersebut. Setiap pemerhatian yang dijalankan perlu direkodkan sebagai panduan pengajaran konsep yang seterusnya.

Penguasaan konsep asas yang kukuh amat penting bagi membolehkan kanak- kanak mencapai tahap konsep yang lebih tinggi. Ini kerana penguasaan konsep asas yang kukuh membawa kanak-kanak kepada transisi operasi konkrit, di mana mereka akan berhadapan dengan simbol yang abstrak dalam matematik dan penerokaan alam sains. Apabila sesuatu konsep yang
abstrak diperkenalkan kepada kanak-kanak, fokus kepada aspek yang boleh difahami dan timbulkan kesedaran mereka terhadap konsep tersebut. Kanak- kanak boleh dibantu dengan mencipta struktur kognitif yang baru melalui perancangan pembelajaran pengalaman yang mengambil kira aspek semula jadi, tidak formal dan berstruktur.