:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Sunday, August 2, 2009

Teori Perkembangan Sigmun Freud






PENGENALAN

Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.
Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Peringkat Perkembangan Sigmun Freud

Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).

Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.

Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.


Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )

Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ).

Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson






Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.


PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.
5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON

Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman
- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain
- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain
- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup
- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.


Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln – 3 thn )

• Konsep diri mula bertambah nyata
• Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain
• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
• Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
• Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
• Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri
• Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin
• Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu
• Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan
• Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong
• Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
• Lebih peka kepada perkara betul dan salah
• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
• Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
• Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif
• Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.


Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.


Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.
Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun – akhir hayat

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.


Teori Perkembangan Robert Havighurst




PENGENALAN

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :

§ Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
§ Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
§ Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan.

Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.


ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.


iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.



Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa.

Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 – 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas.

Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

Teori Perkembangan Arnold Gesell




PENGENALAN

Arnoll Gesell berpendapat perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.


5 Peringkat Perkembangan Gesell

Peringkat Satu: dari 0 – 1 Tahun

- Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau makanan.
- Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya.

- Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.
Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

Peringkat 2 : dari 1 tahun – 2 tahun

- Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
- Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’
- Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

Peringkat 3 : dari 2 tahun – 3 tahun

- Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa
- Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

Peringkat 4 dari umur 3 tahun - 4 tahun

- Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga
- Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa.

Peringkat 5 dari usia 4 tahun ke atas.

-Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.
- Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka.
- Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah

Thursday, July 30, 2009

TEORI ABRAHAM MASLOW (HUMANISTIK)





Latar Belakang Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.

Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.

Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.


Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.


Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :

· Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
· Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
· Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
· Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
· Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.


5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA

1. Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

2. Keperluan Keselamatan


Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan


Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri


Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri


Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

i) Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.
ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.
iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya.
v) Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
Bersikap objektif.

TEORI PERMODELAN BANDURA (SOSIAL)






LATAR BELAKANG

Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.

“Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour’
( Bandura 1986, 1997 )

Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.


4 unsur utama dalam peniruan

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:


1) Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model
untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek
memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai,
harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain
musik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku
pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya
yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social
Learning & Personality Development" menekankan
bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran
boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah).

2) Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu
dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan
peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.


3) Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku,
subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau
menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku.
m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah
tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan
komponen-komponen tingkahlaku yang telah
diperhatikan.


4) Motivasi
Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab
dan keinginan untuk meniru.


Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura

1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.



EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA

KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.

Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.


KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo.

Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

• Rumusan :
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.

HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN :


Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif.

RUMUSAN :
Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.



Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.


JENIS-JENIS PENIRUAN




1. Peniruan langsung
- Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian.

Cth: meniru gaya penyanyi yang disanjungi.

2. Peniruan tak langsung

• - Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung.
• Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya.

3. Peniruan gabungan

• menggabung tingkah laku yang berlainan.
• Peniruan langsung dan tidak langsung.
• Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buku yang dibacanya.

4. peniruan sekat laluan
- Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja.
- Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah.

5. peniruan tak sekat laluan
- Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.
- Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.


Implikasi Teori Pemodelan Bandura

• Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar.
• Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat.
• Hasilan guru dpt kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi.
• Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model.
• Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.
• Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi
• Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan
• Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS (HUMANIS)






Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.


Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang
utama, antaranya:


i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.
ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya
hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.