Apa itu jangkitan cacar air?
Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar
Measles air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
Gejala-gejala :
* Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
* Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
* Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
Sumber :
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/CacarAirKanak_kanak.php
Tuesday, December 8, 2009
CACAR AIR/CAMPAK
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
Labels: Penyakit Kanak-kanak
BEGUK
Apakah itu beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.
Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
* Demam
* Sakit kepala
* Mulut kering dan hilang selera
* Keletihan
* Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.
Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)?
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
* Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
* Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
* Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
* Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
* Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
* Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
* Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
* Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.
sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/BegukKanak_kanak.php
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
Labels: Penyakit Kanak-kanak
DEMAM SELSEMA
Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.
Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
* Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain
* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.
Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
o Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
o Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
o Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.
Risiko
Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
o Kekurangan zat makanan.
o Letih dan berasa tidak sihat
o Susah hati.
o Warga tua.
o Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.
Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
o Selalu membasuh tangan dengan bersih.
o Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
o Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
o Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
o Jangan menggigit kuku.
o Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
o Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
o Makanlah makanan yang seimbang.
o Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
o Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
o Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
o Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.
Pengurusan sendiri
Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.
Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
* Berehat di katil.
Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
* Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas.
Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
* Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
* Meminum banyak air
Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).
Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya.
Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
* Berkumur-kumur dengan air garam yang suam
Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.
Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?
Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan
*
penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.
*
Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.
Dekongestan
- Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, Dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.
- Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.
Antitusif dan Ekspektoran
- Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.
- Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.
- Ekspektoran adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi Guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya Ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.
Antihistamina
- Agen-agen Antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.
- Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.
- Analgesik/antipiretik
- *
- Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.
- Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas.
- Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.
- Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.
Vitamin C
Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Selsema dengan demam 38oC atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.
- Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka.
- Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas.
- Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit).
- Batuk yang teruk.
- Sakit telinga.
- Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.
Sumber :
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/DemamSelesema.php
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
Labels: Penyakit Kanak-kanak
DEMAM CAMPAK
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
* Demam tinggi
* Batuk, selsema dan sakit tekak
* Mata berair dan sensitif kepada cahaya
* Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
Labels: Penyakit Kanak-kanak
DEMAM
Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
Penyebab Demam
* Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
* Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
* Demam malaria
* Penyakit sendi
* Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
* Barah
Rawatan
Rawatan dirumah :
* Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
* Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
* Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
* Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
* Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
* Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
* Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
* Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
* Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
* Sakit perut, mata atau tulang pipi.
* Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
* Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
* Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
* Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
* Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
* Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan
* Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
* Mengamalkan kebersihan .
* Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
* Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
* Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
* Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
* Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
* Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
* Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?
* Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
* Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
Labels: Penyakit Kanak-kanak
INGATAN DAN LUPAAN
DEFINISI INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.
Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.
Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.
Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.
Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami.
Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.
“ Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu “.
Eric Erikson (1963)
JENIS-JENIS LUPAAN
- Keusangan/ hilang kesan ingatan.
- Lupaan gangguan
- Lupaan terdesak.
i) KEUSANGAN
Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan.
Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali.
Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.
ii) LUPAAN GANGGUAN
Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.
iii) LUPAAN TERDESAK
Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN
- Minat
- Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar.
- Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
- Perasaan takut dan bimbang
- Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru.
- Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
- Peredaran masa
- Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.
- Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
- Keusangan
- Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya.
- Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru.
- Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat.
- Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi/
- Pengalaman yang pahit.
- Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi.
- Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia.
- Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
- Masa yg tidak cukup untuk mengingat
- Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
- Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.
- Aras keyakinan.
- Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan.
- Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p.
- Kekurangan kejelikitan kpd ingatan.
Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah.
Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan. - Gangguan proaktif & gangguan retroaktif
- Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru.
- Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.
- Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.
- Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.
CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN
i) Belajar berlebihan
- Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
ii) Pemahaman
- Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:
- 100816449362516941
- Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.
iii) Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada
- Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
iv) Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid.
- Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
v) Iklim pembelajaran yang kondusif.
- Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
vi) Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar.
- Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
KESIMPULAN
- Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran.
- Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.
- Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
5E Model Lesson (Konstruktivist)
PENGENALAN
konstruktivisme’ membawa maksud falsafah membina. Ia digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi,pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral.Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977).
Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
Menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar.
Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya.
Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.
MODEL 5E
1. ENGAGE (Melibatkan)
•Memberi tugasan, topik, atau penerangan konsep.
•Timbulkan minat dalam setiap tugasan.
•Menghasilkan ke arah perasaan ingin tahu.
•Bertanya pelbagai jenis soalan.
2. EXPLORE (Penerokaan)
MEMUASKAN PERASAAN INGIN
TAHU:
•Penemuan @ pertanyaan utk diteroka & disiasat.
•Menjalankan eksperimen.
•Galakkan kerjasama dalam kumpulan, rakan sedarjah & guru.
•Tanya soalan yg meneroka yakni lebih mendalam
3. EXPLAIN (Penerangan)
PENERANGAN KPD KONSEP
& DEFINISI:
•Terangkan konsep & definisi yg diberikan.
•Tanya pelajar tentang penerangan konsep yg diajar.
•Dapatkan bukti tentang penerangan konsep tadi & beri penjelasan.
4. ELABORATE (Huraian)
KEMBANGKAN KONSEP ITU
KEPADA BIDANG @ KONSEP LAIN:
•Cari hubungkait dlm subjek2 lain utk konsep berkenaan.
•Cuba hubungkaitkan konsep yg dipelajari dlm kehidupan sebenar.
5. EVALUATE (Menilai)
MENILAI PEMAHAMAN PELAJAR:
•Adakan pembentangan @ persembahan sesudah proses P&P.
•Menilai pengetahuan & kemahiran pelajar.
•Tanya soalan yg terbuka.
•Usulkan bukti yg kukuh & membina.
IMPLIKASI 5E TERHADAP P&P
1. Engage
- Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P
- Murid tidak segan untuk bertanya jika kurang faham berkenaan sesuatu topik
- Menjalankan interaksi dua hala- tidak berpusatkan guru semata-mata.
- Memberi keyakinan diri kepada murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara.
- Murid akan mempunyai minat untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu mata pelajaran (tidak bosan.)
2. Explore
- Capai kepuasan kerana berjaya melihat sendiri hasil eksperimen
- Menerapkan nilai murni dalam kalangan murid iaitu nilai kerjasama.
- Meningkatkan kefahaman kognitif murid tentang sesuatu pembelajaran.
- Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar tanpa terlalu bergantung kepada guru.
3. Explain
- Penerangan yang diberikan merangkumi konsep dan contoh yang dekat dengan murid.
- Murid akan memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh guru.
- Proses P&P berkesan dan mencapai objektif.
- Murid-murid tidak akan berasa bosan semasa pembelajaran.
4. Elaborate
- Huraian dikaitkan dengan pengalaman sedia ada yang dimiliki murid
- Memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku dan kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri.
- Murid akan lebih faham tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.
5. Evaluate
- Guru dapat menilai setakat mana kefahaman murid.
- Guru juga boleh membuat penilaian berkenaan pengetahuan sedia ada yang dimiliki murid.
- Guru dapat memperbaiki kelamahan diri dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid.
- Murid akan sentiasa bersedia.
BAGAIMANA GURU MENGAPLIKASIKAN MODEL 5E DALAM P&P
- Guru melibatkan murid dalam proses P&P.
- Memberi pengalaman secara ‘hands on’ kepada murid.
- Memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang sesuatu yang mereka tidak faham.
- Dalam P&P guru memberi peluang kepada murid untuk memberikan pandangan atau pendapat mereka.
- Guru memberikan contoh yang menarik serta berkaitan dengan kehidupan mereka.
- Guru menggunakan BBM maujud.
- Guru mengutamakan kerja berkumpulan.
- Guru membuat kuiz atau soal jawab terhadap murid apabila selesai mengajar sesuatu topik.
- Guru memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu topik berserta dengan contoh yang tepat.
Posted by mya afifi at Tuesday, December 08, 2009 0 comments