Wednesday, May 11, 2011

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.


Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.


Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid.



Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.


Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam mencapai matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak.



No comments:

Post a Comment