Pengenalan
- Bermula daripada spesifik kepada umum-dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. (J.M Kierzek dan W. Gibson, 1960)
- Pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. (B. Seaton, 1982)
- Satu kaedah di mana guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk sesuatu konsep.
- Menggunakan kaedah penemuan kerana melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.
- Sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran khususnya matematik, sains dan bahasa.
Jenis-jenis Pendekatan Induktif
- Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu
- Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu.
- Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu.
- Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran.
Prinsip-prinsip
- Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu.
- Guru membimbing pelajar untuk membuat membuat kesimpulan.
- Guru beri peluang kepada pelajar kepada untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
- Guru rancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada kesimpulan umum.
- Jenis contoh khusus haruslah dipelbagaikan tapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk pelajar mengenalpasti.
- ABM disediakan untuk membantu pelajar mendapatkan kesimpulannya.
- Mesti mengikut urutan yang tepat.
0 comments:
Post a Comment