:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Wednesday, May 11, 2011

Pengenalan kepada Disleksia



Menurut Hammond dan Hughes (1996), istilah disleksia diperkenalkan oleh seorang Profesor Berlin yang merupakan seorang pakar perubatan dan “ophalomotologist” pada tahun 1887.

Berdasarkan World Federation of Neorology (1968) disleksia merupakan satu masalah “Disorder” yang terjadi kepada kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek.

Selain itu, terdapat juga perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia. Antaranya ialah :-

i. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik)

ii. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa.

iii. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seseorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor mata dan tangan.


Berdasarkan kajian yang dijalankan, kanak-kanak lelaki lebih banyak menghidap disleksia berbading kanak-kanak perempuan. Dalam laporan Kementerian Kesihatan Malaysia 2009, dianggarkan 4-8% pelajar sekolah mengalami masalah pembelajaran disleksia.

Kesimpulannya, disleksia merupakan satu jenis gangguan atau kecelaruan dalam sistem otak yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mengeja, membaca, mengira dan menulis

0 comments: