:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Wednesday, May 11, 2011

Ciri-ciri Disleksia



Kebiasaannya disleksia dapat dikenalpasti pada peringkat awal persekolahan mereka. Ciri-ciri kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pada peringkat prasekolah dan peringkat sekolah rendah (6-12 tahun)


Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan. Mereka sangat suka mengganti perkataan semasa bercakap dan tidak suka duduk diam. Kanak-kanak ini juga mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah. Mereka tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Mereka sangat sukar untuk mengimbangkan badan mereka dan kadang-kadang mereka mudah terjatuh semasa menaiki tangga. Kanak-kanak disleksia juga sangat suka mengganti perkataan dengan perkataan lain serta hiperaktif.


Kanak-kanak ini seringkali terlupa kepada nama-nama benda atau matapelajaran yang dipelajari di sekolah. Oleh sebab yang demikian, murid disleksia dianggap “bodoh” oleh sesetengah guru kerana mereka sukar mengingati benda-benda yang diajar oleh guru. Kesukaran mengingat ini terjadi kerana kecelaruan sistem dan fungsi pada otak dan menyebabkan murid disleksia seringkali ketinggalan dalam mata pelajaran. Namun begitu, kanak-kanak disleksia mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan berminat terhadap perkara-perkara baru. Mereka sangat suka bertanya banyak soalan kerana berminat untuk mengetahui sesuatu perkara.


Kanak-kanak disleksia sekolah rendah pula terbahagi kepada dua peringkat iaitu murid yang berumur 6 hingga 9 tahun dan peringkat kedua ialah berumur 9 tahun hingga 12 tahun.


i) 6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik


ii) 9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial

0 comments: