:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Thursday, August 13, 2009

SAWAN/EPILEPSI



DEFINISI

Sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.


CIRI-CIRI

• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam

PROGRAM TRANSISI



KONSEP TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH


1. Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

2. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

3. Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah.

Tujuan program Transisi

- Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

- Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

- Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah.


Peranan guru prasekolah

a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.

b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah.

d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.


Peranan pembantu prasekolah

a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.

Wednesday, August 12, 2009

SINDROM DOWN



DEFINISI

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

Nota :
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

Antara punca-punca Sindrom Down ialah Ibu yang melahirkan berumur 35 tahun ke atas. Faktor genetik juga menyumbang kepada Sindrom Down. Pemakanan ibu semasa mengandung sedikit memberi kesan.

CIRI-CIRI


1.Muka yang hampir sama
2.Tubuh yang pendek
3.Kepala bersaiz kecil
4.Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
5.Kulit berlipat di bahagian mata.
6.Lidah terjelir
7.Leher pendek dan besar.
8.Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang 9.besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
10.Pertumbuhan yang lambat.
11. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
12. Tidak dapat bertutur dengan jelas kerana lidah tebal dan pendek.

Monday, August 10, 2009

AUTISME



DEFINISI

: keadaan yang meyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki.

CIRI-CIRI

1. menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ
2. mempunyai IQ tinggi ini biasanya cukup bijak di sekolah terutama dalam bidang yang membabitkan kekuatan hafalan tetapi apabila menyentuh aspek bahasa, mereka agak lemah
3. tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya tetapi mereka mempunyai kemahiran yang begitu baik dalam bidang muzik, lukisan dan matematik.
4. pertuturan yang tidak mempunyai makna untuk difahami oleh orang lain.
5. sering meniru perkataan-perkataan yang disebut oleh orang lain dengan hanya menyebut perkataan di hujung ayat sahaja (echolalia)
6. tidak dapat memahami apa yang disebut oleh orang lain dan ada ketikanya mereka mungkin dapat bercakap tetapi tidak menggunakan yang sepatutnya untuk berkomunikasi
7. mereka mungkin tidak boleh bertutur langsung, boleh bertutur atau boleh bertutur dengan bahasa yang hanya difahami mereka sendiri.
8. suka melakukan sesuatu perkara secara berulang kali, gemarkan kepada ketepatan dan persamaan dalam semua hal termasuklah mengulang-ulang sesuatu pertanyaan atau perkataan.
9. tidak berkebolehan untuk bertentang mata dengan orang lain atau sering memandang sipi, tidak dapat melahirkan perasaan menerusi senyuman, masam atau mengerutkan muka.
10. lebih suka bersendirian atau berada dalam dunia mereka sendiri serta tidak tahu mengawal perasaan dan ada ketikanya menjadi agresif atau terlalu aktif.

~maklumat lebih lanjut tentang autisme....KLIK sini..

masalah penglihatan



DEFINISI :
Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.


Tanda-tanda rabun mata

1) Rabun dekat(myopia)
Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur
Kanak-kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek yang jauh
Kanak-kanak sekolah tidak dapat melihat papan hitam dengan jelas
Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat ke muka ketika membaca

2) Rabun jauh(hyperopia)

Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas
Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca atau menulis
Kanak-kanak mungkin akan mengadu mata menjadi penat setelah membaca selama beberapa jam
Kanak-kanak dengan rabun jauh juga boleh juling

3)Astigmatism

Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.
Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala
Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih cenderung dalam arah yang tertentu sahaja
Kanak-kanak biasanya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan melintang, atau kadangkala sebaliknya

Selain kabur penglihatan, apakah masalah lain yang mungkin timbul?
Mata merasa penat dan sakit kepala
Isu keselamatan : contohnya, apabila menunggang basikal, kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun mata yang serius boleh membahayakan dirinya dan orang lain
Tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal dan mungkin menjejaskan kualiti hidup
Rabun dekat yang terlalu serius akan meningkatkan risiko retina tercerai dari bahagian mata (retinal detachment) dan ini boleh menyebabkan buta.

MASALAH PENDENGARAN



MASALAH PENDENGARAN

Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar bunyi dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit di mana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan, sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk.

CIRI-CIRI MASALAH PENDENGARAN

Kurang memberi perhatian.
susah mengikut peraturan.
tidak aktif dalam perbincangan.
selalu berkhayal.
perlukan bantuan rakan.
cara percakapan yang ganjil.
ada masalah kesihatan.

JENIS MASALAH PENDENGARAN

1 Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.

3 Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.


PERINGKAT-PERINGKAT MASALAH PENDENGARAN

Ringan: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 25dB - 40 dB. Kanak-kanak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan dalam jarak yang dekat dan berupaya untuk berkomunikasi dengan orang yang normal.
ii. Sederhana: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 41 dB - 60dB. Kanak-kanak perlu diberi bantuan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan.
iii. Sed. Teruk: : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 61 dB - 70 Db
Kanak-kanak sukar untuk mendengar bunyi- bunyi Pertuturan dan pertuturan kanak-kanak ini tidak jelas kerana pengalaman yang terhad.
iv. Teruk : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 71 dB - 90 dB. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk memperolehi pertuturan.
v. Amat Teruk:
Keupayaan untuk mendengar bunyi 91 dB dan ke atas . Kanak-kanak sukar untuk mendengar, bertutur dan memerlukan alat bantuan pendengaran serta terapi pertuturan. Pada tahap ini juga, kanak-kanak ini memerlukan bahasa isyarat untuk tujuan berkomunikasi.

HYPERAKTIF



DEFINISI :

Banyak terjadi pd kanak-kanak lelaki. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :

• Kurang tumpuan
• Hiperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

CIRI-CIRI

a) Tidak memberi tumpuan
i- gagal menyiapkan tugasan
ii- tidak mengikut arahan
iii- sukar menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti

b) Impulsif
i- bertindak tanpa berfikir
ii- sukar mengendali satu-satu aktiviti
iii- perlu beri perhatian yang lebih
iv- sukar menunggu giliran

c) hiperaktif
i- berlari ataupun memanjat sebarang objek
ii- sukar duduk di suatu tempat dengan tenang
iii- sentiasa aktif sepanjang masa

DISLEKSIA




DEFINISI

1. Berasal dari bahase Yunani- DYN – susah, LEXIA – tulisan.
2. Gangguan dlm belajar, daya pemikiran mereka normal, susah membaca, menulis, mengeja dan mengira sekalipun.

CIRI-CIRI

• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
• Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
• Sering berlaku di kalangan lelaki.
• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa


Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
* Terapi pertuturan
* Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
* Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
3. Merasa pergerakan bibir
4. Menulis huruf atau perkataan

4. Langkah-langkah pemulihan :
* Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
* Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
* Gunakan video atau kaset untuk belajar

5. Program pemulihan khusus :
* Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia



MASALAH GANGGUAN EMOSI



PENGENALAN

• Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini.
• Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.
• Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari:
o Pengalaman tekanan perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga.
o Pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat.
o Keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan
o Mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada zaman kanak-kanak.


CIRI- CIRI


1. Kelakuan

o Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
o Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
o Terpinggir / terasing
o Marah dan suka bermusuh
o Hubungan yang tegang
o Kerapkali tidak hadir ke sekolah
o Hendak lari dari rumah
o Kelakuan yang merosakkan diri sendiri

2. Perasaan /Emosi/Pemikiran


o Perasaan tidak puas hati

o Kurang tumpuan
o Kurang keyakinan diri
o Rasa diri tidak berguna
o Bosan
o Tertekan kerana disingkir
o Cepat marah

3. Perubahan Fizikal

o Kurang tahap tenaga kecerdasan
o Perubahan masa tidur atau makan
o Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
o Perubahan berat badan

Friday, August 7, 2009

FUNGSI BAHASA- MAK HALLIDAY





PENGENALAN

Halliday (1972 dalam Lyons (ed.) 1972: 141)

Terdapat 3 fungsi Fungsi bahasa , iaitu


a) fungsi ideasional
b) fungsi interpresonal
c) fungsi tekstual



7 FUNGSI BAHASA (HALLIDAY, 1973)

1. Fungsi instrumental - digunakan untuk memanipulasi persekitaran bagi menyebabkan peristiwa-peristiwa berlaku. Ayat seperti “Mahkamah mendapati kamu bersalah”, “Di atas garisan, sedia, mula!”, atau “Jangan sentuh dapur itu” dikatakan berfungsi instrumental. Ayat-ayat itu merupakan lakuan komunikatif yang menyatakan sesuatu keadaan tertentu.

2. Fungsi pengaturan (regulatory function) yang merupakan kawalan peristiwa, boleh jadi dalam bentuk pengesahan, penolakan, kawalan tingkah laku, atau penyataan aturan dan undang-undang. Jika ayat “Saya dapati kamu bersalah dan kamu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun” termasuk dalam fungsi instrumental, maka ayat “Oleh sebab berkelakuan baik, kamu akan dibebaskan sesudah menjalani hukuman penjara sepuluh bulan” tergolong dalam fungsi pengaturan.

3. Fungsi pewakilan (representational function) yang merupakan penyataan fakta dan maklumat yang mewakili sesuatu hakikat atau realiti, seperti “Bumi bulat” dan “Perdana Menteri berucap dalam majlis itu”.

4.Fungsi interaksi (interactional function) yang berperanan memastikan pengekalan masyarakat. Fungsi ini terlaksana jika engguna bahasa menguasai pengetahuan tentang slanga, jargon, enaka, cerita rakyat, kesantunan, dan unsur-unsur sosial lain dalam ahasa masyarakatnya atau dalam bahasa yang digunakannya.

5. Fungsi persendirian (personal function) yang memungkinkan seseorang melahirkan perasaan dan reaksi.

6. Fungsi heuristik yang berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk pemerolehan ilmu, khususnya yang melibatkan jenis ayat tanya.

7. Fungsi imaginatif yang memungkinkan bahasa digunakan untuk seseorang menghasilkan puisi, cereka, jenaka, ramalan, dan sebagainya.


TEORI ATTACHMENT, MARY AINSWORTH



DEFINISI ATTACHMENT
  • Keterikatan (attachment) merupakan suatu ikatan emosional yang kuat antara bayi dan pengasuhnya atau orang-orang yang istimewa dalam kehidupan mereka.
  • Perilaku attachment pada bayi meliputi kedekatan dengan ibu seperti mengikuti ibu,
  • menangis serta memanggil ibu jika ibu tiada di pandangan matanya.
  • - Menurut Ainsworth (dlm Belsky, 1988) hubungan kelekatan berkembang melalui pengalaman bayi dengan pengasuh di tahun-tahun awal kehidupannya.
  • - Attachment juga dikatakan sebagai suatu hubungan emosional atau hubungan yang bersifat afektif antara satu individu dengan individu yang lain.
  • - Hubungan juga akan bertahan lama dan memberikan rasa aman walaupun figur lekat tidak nampak dalam pandangan anak.
  • Ainsworth meyakini bahawa kelekatan dapat diklasifikasikan menjadi secure (selamat), avoidant (menghindari), dan resistent (menolak).
  • Emosi merupakan bahasa pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi sebelum mereka menguasai bahasa.
  • Bermacam emosi muncul usia yang berbeza-beza.spt senyum (4-7minggu), terkejut (3-4 bln), malu (6-8bln)
  • Keterikatan yg terjadi secara langsung antara ibu bapa dan bayi lebih dikenali sebagai “Bounding Attachment”
  • Bounding adalah suatu langkah untuk mengungkapkan perasaan kasih sayang oleh ibu kepada bayinya setelah lahir.
  • Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu.

Jenis-jenis Keterikatan

i) Type A - CEMAS-MENGHINDAR /ANXIOUS-AVOIDANT
  • Ditemukan pada 20% sampel penelitian.
  • Anak menolak kehadiran ibu, menampakkan permusuhan,
  • Kurang memiliki resiliensi ego dan kurang mampu mengekspresikan emosi negatif
  • Anak juga tampak mengacuhkan dan kurang tertarik dengan kehadiran ibu

ii ) Type B - KETERIKATAN AMAN
  • Ditemukan pada 70% subjek penelitian.
  • Ibu digunakan sebagai dasar eksplorasi.
  • Anak berada dekat ibu untuk beberapa saat kemudian melakukan eksplorasi,
  • Anak kembali pada ibu ketika ada orang asing, tapi memberikan senyuman apabila ada ibu didekatnya
  • Anak merasa terganggu ketika ibu pergi dan menunjukkan kebahagiaan ketika ibu kembali.

iii) Type C - CEMAS-MENOLAK /ANXIOUS-RESISTANT).
  • ditemukan pada10% subjek penelitian.
  • Menunjukkan keengganan untuk mengeksplorasi lingkungan.
  • Beberapa tampak selalu menempel pada ibu dan bersembunyi dari orang asing.
  • Anak tampak sedih ketika ditinggal ibu dan sulit untuk tenang kembali meskipun ibu telah kembali.
  • Mampu mengekspresikan emosi negatif namun dengan reaksi yang berlebihan.

Kesan attachment kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Kebergantungan terhadap orang yang rapat dengannya amat tinggi.
Kanak-kanak kurang keyakinan diri.
Kurang berdikari dan mengharapkan pertolongan orang lain.
Sukar untuk memulakan hubungan sosial dan persahabatan.
Sikap tidak mudah percaya kepada orang lain yang tidak dikenali.
Tidak mudah terpengaruh dengan perkara baru sama ada negatif atau positif.
Lebih memahami perasaan orang yang dekat dalam hidupnya.

Kesimpulan

Perkembangan sosio-emosi pd kanak-kanak adalah
penting utk diteliti kerana segala perbuatan yg dilakukan
semasa kanak-kanak akan membentuk perilaku tertentu
dgn. efek psikologi tertentu. Jadi ,pengasuhan yg baik
oleh orang yg paling rapat dgn kanak-kanak akan
melahirkan emosi yg baik dan mengembangkan
rasa percaya kanak-kanak yg akan membentuk
peribadi akan datang.

Thursday, August 6, 2009

PELBAGAI KECERDASAN - HOWARD GADNER (1983)





Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence' (pelbagai kecerdasan)


· Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan.

· Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu
:

1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal
3. Kecerdasan muzikal
4. Kecerdasan bodily kinesthetic
5. Kecerdasan interpersonal
6. Kecerdasan intrapersonal
7. Kecerdasal visual/spatial
8. Kecerdasan naturalist
9. Kecerdasan existentialist



Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic)


Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat.


Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

Interpersonal


Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain

Intrapersonal


Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Logical/Mathematical


Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Musikal/rentak(Musical/Rhythmic)


Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik.

Verbal/Linguistic


Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

Visual/Spatial


Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Wednesday, August 5, 2009

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER




PENGENALAN



Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.




Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak





SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu :

a) Mikrosistem



Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.

Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah.

Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

b) Mesosistem

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.



c) Eksosistem

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.


d) Makrosistem

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.

e) Kronosistem

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju.






Implikasi Teori Ekologi Brenfenbrenner dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak.

Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai.

Implikasi pendidikan dari aspek persekitaran mesosistem pula ialah guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak.

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas.

Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negetif yang semakin menular kini.



PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA



Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan mengikut pengaruh British. Yuran yang dikenakan sangat mahal dan hanya anak-anak orang berada sahaja mampu belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Headstart” di Amerika Sharikat.

Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Pada tahun 1970,KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.

Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.

Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH LUAR NEGARA



PENGENALAN

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad
ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.

Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.

Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

Ciri-ciri Program Headstart

a) Penglibatan Ibu bapa
- Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.

b) Kesihatan
- Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

c) Pemakanan
-Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

d) Pendidikan
-Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

e) Perkhidmatan SosiaL
- Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

f) Ketidakupayaan
- Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.

g) Kesihatan Mental
- Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an

TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK






Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada:


1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
6. John Dewey
7. Martin Luther
8 John Amos Comenius
9. Jean Piaget
10. Vygotsky



IMAM Al-GHAZALI


- Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi.
- Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
- Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
- Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.
- Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.


Pandangan dan idea-idea beliau:

1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
a. Sejak lahir hingga 4 tahun
b. 5 tahun hingga 7 tahun

2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia.

3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.

4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak.

9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:-
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar


Nasihat beliau kepada guru supaya:-

- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.



IBNU KHALDUN

- Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik.

- Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.


Pendapat beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak

1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

2. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

- Berperingkat-peringkat

- Mengadakan latih tubi


- Menggunakan benda-benda maujud

- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

- tidak mahu belajar

- mencerca pengajaran yang diberi

4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

6. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.

7. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.

9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran.

10. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.




JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)


- Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland.

- Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.



Idea-idea beliau mengenai pendidikan:

1. Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya.

2.Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.

3. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.

4. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.

5. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.

6. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).

7. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.




FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)


- Seorang tokoh pendidikan dari Jerman.

- Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”.

- Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”.

- Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.


Menurut beliau " kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak."

Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”



Idea-idea Froebel

1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.

2. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.

6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.



7. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.


8. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.


9. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.


10. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak.


11. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.



MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

- Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.

- Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.

- Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.

- Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.



PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.


Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;


a. Minda yang mudah menyerap


Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.



b. Persekitaran yang tersedia


Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.



c. Didikan diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.



d. Bahan pembelajaran

Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.


Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.


e. Tempoh sensitif


Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.



Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.

3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.

4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.

5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.

6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.

7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.

8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.

9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.



Prinsip- prinsip dalam kaedah Montessori .



1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

2. Konsep kebebasan

3.Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

4.- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

6. Pentingnya disiplin diri.

7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.

8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.

9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.

10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri


JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 )

- Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika.
- Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak.

Pandangan Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang.

Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.


MARTIN LUTHER (1483 – 1546)

Beliau mencadangkan pendidikan universal dan wajib, serta menitikberatkan keperluan mendirikan sekolah bagi mengajar kanak-kanak membaca. Luther berpendapat tujuan utama persekolahan adalah untuk mengajar agama.Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani perlu diintergrasikan dalam kurikulum. Luther yakin keluarga merupakan institusi paling penting dalam pendidikan kanak-kanak. Baginya pendidikan dan persekolahan adalah bagi pengajaran sosialisasi, keagamaan dan moral.


JOHN AMOS COMENIUS (1592 – 1670)

- John Amos Comenius mencadangkan supaya semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan sekolah perlu menggalakkan kanak-kanak supaya mereka merasa gembira terhadap diri mereka.
- Beliau merasakan pendidikan perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan, kegembiraan, dan keriangan.
- Beliau juga percaya, pendidikan perlu mengikut aturan semula jadi, mengikut umur dan kaedah yang betul dan mengelakkan pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia.


Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak

- Buku pertama yang ditulis oleh John Amos Comenius adalah kamus bergambar bagi membantu pengajaran kanak-kanak.

- Beliau mengalakkan integrasi kurikulum dan yakin pembelajaran perlu aktif.

- Beliau percaya kanak-kanak perlu belajar tulisan dengan menulis, pertuturan dengan bertutur dan taakulan dengan menaakul.

- Pembelajaran perlu bermula dari umum kepada khusus dan daripada mudah kepada susah. Beliau menekankan penggunaan bahan konkrit dan deria.

- Semua deria perlu terlibat bagi pembelajaran yang berkesan, tunjukkan objek dan jelaskan apakan objek itu.

- Sekolah merupakan bengkel kanak-kanak berkerja dengan penuh minat.

- Aktiviti adalah sangat penting.


JEAN PIAGET (1896-1980)

- Piaget merupakan seorang saintis Swiss yang paling terkenal dan berpengaruh dalam pembentukan teori yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak.
- Beliau terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang diasaskan berdasarkan kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri.
- Kajiannya berkaitan denganPembentukan konsep, pemikiran dan pembelajaran.

Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak

- Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.

a) Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian.

b) Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran.

c) Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.


Antara sumbangan Piaget yang menjadi amalan pendidik sehingga kini :

- teori perkembangan kognitif yang menekankan peringkat deria motor, praoperasi, konkrit dan formal.

- Teori konstruktivism menitikberatkan kecerdasan kanak-kanak berkembang melalui pembelajaran yang aktif.

- Aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi perkembangan kognitif kanak-kanak.Kanak-kanak memerlukan pengalaman bagi membentuk struktur mental

- Perkembangkan kognitif kanak-kanak adalah melalui interaksi dan penyesuaian dengan persekitaran.Perkembangan adalah proses berterusan dan hasil kematangan

- Menggalakan pembelajaran aktif melalui objek konkrit.

Lev Semerovich VygotsKy( 1896-1934)

- Ahli psikologi dari Russia yang dilahirkan pada tahun 1896.

- Pernah bekerja di Institute of Psychology in Moscow (1924–34), dan menekankan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang berhubung kait dengan hubungan antara bahasa dan pemikiran.

- Penulisan beliau menekankan tentang peranan sejarah, budaya dan faktor sosial yang membentuk pengaruh kognitif kanak-kanak .

- Meninggal dunia pada tahun 1934 akibat daripada jangkitan penyakit tuberculosis.

Kepentingan pemikiran Vygotsky terhadap perkembangan kanak-kanak.

a. Vygotsky.telah menyatakan bahawa telah membuat kajian bahawa persekitaran, budaya dan kebolehan berkomunikasi secara interpersonal banyak membantu perkembangan dan interaksi kanak-kanak. Melalui interaksi kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai budaya, gaya pertuturan, penulisan dan pelbagai simbol pengetahuan. Ini dapat membantu kanak-kanak supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya.

b. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan mindanya supaya lebih kreatif dan inovatif. Pada masa yang sama kanak-kanak itu akan dapat memberi makna yang abstrak dan membolehkannya meningkatkan kemahiran berfikir lebih kreatif dan kritis.

c. Bermain juga dapat mempertingkatkan kebolehan sosialiasi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak boleh memahami antara seorang individu dengan seorang individu dari segi kebolehan mengujudkan kemahiran-kemahiran komunikasi seperti, membina hubungan, memberi perhatian, kemahiran mendengar dan interpersonal dan intrapersonal. Boleh memahami peraturan-peraturan sesuatu permainan dengan ini ia akan menjadi seorang kanak-kanak yang sentiasa hormat kepada rakannya

.d. Vygotsky juga telah menekankan bahawa kanak-kanak menjadi lebih konstruktif. Dalam konteks pembelajaran konstruktivisme ianya bermaksud bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dapat dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

e. Menurut Vygotsky Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) bermaksud prestasi pelajar, kebolehan menyelesaikan masalah melebihi kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang berbeza.

f. Disamping proses kognitif, teori konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing kanak-kanak untuk mencari makna terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya.

Sunday, August 2, 2009

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:


The term early childhood refers to the period from birth to age eight,………Early childhood program provide services for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and primary school and recreational program”. (Morrison, m.s. 24)
Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.


Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah
Objektif Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
.6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
9.Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
10. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget




Latar Belakang Jean Piaget

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.


PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

4 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET

· Skema (Schema)
· Penyerapan (Assimilation)
· Pengubahsuaian (Accomodation) dan
· Keseimbangan (Equilibrium)


Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.



4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)

- Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
- Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
- Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

- Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
- Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
- Kemahiran berbahasa kian meluas;
- Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
- Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).

Implikasi teori dalam P&P

8 Penggunaan BBM yang konkrit;
8 Arahan ringkas dan difahami;
8 Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
8 Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

- Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
- Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
- Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
- Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;


Implikasi teori dalam P&P

8 Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
8 Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
8 Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
8 Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
8 Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

- Pemikiran abstrak;
- Pemikiran sistematik;
- Kebolehan berhipotesis;
- Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).

Implikasi teori dalam P&P

8 Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
8 Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
8 Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.