:: Salam Pembuka ::

:: Pengawal Kerajaan ::

Followers

:: LOoked Interesting::

Tuesday, December 8, 2009

DEMAM



Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam

* Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
* Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
* Demam malaria
* Penyakit sendi
* Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
* Barah

Rawatan

Rawatan dirumah :

* Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
* Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
* Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
* Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
* Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
* Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :

* Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
* Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
* Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
* Sakit perut, mata atau tulang pipi.
* Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
* Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
* Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
* Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
* Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
* Demam berkaitan dengan kecederaan


Pencegahan

* Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
* Mengamalkan kebersihan .
* Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

* Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
* Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
* Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
* Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
* Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
* Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.

Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?

* Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
* Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

0 comments: